berita

‘Lebih Baik Adik Mati Je’ – Kisah Sayu Kanak-Kanak Hidap Kanser. Sebaknya..

December 26th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Menangis kami dengar luahan wanita yang menggelar dirinya Mak Ita. Dia berkongsi kisah seorang adik Hafiz yang menghidap kanser selepas jatuh basikal. Pada awalnya remaja lelaki ini seorang yang aktif, namun segalanya berubah selepas kakinya mula membengkak.

Lebih sedih apabila ayahnya sendiri tergamak memijak kaki adik Hafiz kerana tidak tahan dek rengekan adik Hafiz. Allahu sebaknya!

Kaki bengkak lepas jatuh basikal

Dulu adik ni seorang yang aktif. Mulanya berpunca dari jatuh basikal yang baru di beli oleh ayahnya. Selang 4 hari kaki mula membengkak tapi tidak dibawa ke hospital sebaliknya hanya mampu menyapu minyak angin panas sahaja. Seminggu lepas itu mula bengkak tidak surut dan ayah nya menyuruh abang kandung urutkan. Selepas diurut masih lagi membengkak.

Setiap malam merenget kerana kesakitan. Tak tahan dek rengekan, ayahnya naik angin lalu dipijak kaki anaknya sendiri. Selepas dipijak si ibu terus menolak si ayahnya dan menyuruhnya membawa mereka ke hospital. Tanpa dipeduli, atas desakan si ibu, ayahnya pula memukul si ibu. Takut dengan sikap suami sendiri, ibu terus berlari dengan membawa anak keluar dari rumah dan memohon bantuan jiran-jiran untuk dibawa ke hospital. Sampai di hospital dia disahkan menghidap kanser. Allahuakbar!

Tiada jalan kesembuhan

Dari situ la ada seorang hamba Allah memberi no telefon pada si ibu. Si ibu mohon rayuan pada saya untuk selamatkan dia dari suaminya dan mohon agar pihak JKM tak pisahkan mereka. Atas naluri keibuan dalam diri, terus kes ini saya pegang setelah segalanya urusan selesai bersama pijak JKM. Saya bawa mereka ke rumah perlindungan demi keselamatan anakk dan isteri.

Kini dah 2 bulan mereka bersama, yang tak kuatnya pada hari ini doktor telah beritahu kami tiada jalan kesembuhan pada adik ini. Walaupun bukan darah daging saya tapi saya tak pernah bezakan kasih sayang. Kami makan bersama, kami berkongsi suka duka bersama. Anak-anak tiada batas pergaulan. Masing-masing boleh suaikan diri. Cuma adik Hafiz setiap kali sakit mesti akan nangis. Kadang tu tak kuat untuk si ibu menghadapinya. Dan juga tak kuat untuk saya menghadapinya. Urusan keluar masuk hospital segalanya saya uruskan. Dari awal hingga sekarang.

Lebih baik saya mati je

Dua hari lepas adik Hafiz beritahu tak tahan dan Mak Ita (saya). Lebih baik saya mati je. Terkejut saya tak semena-mena air mata jatuh. Mak Ita cakap Hafiz kena kuat sebab Allah bagi sakit ini dia sayang dekat Hafiz. Hafiz tengok saya terus diam sambil muka menahan sakit. Terfikir di hati saya bagaimana perasaan emaknya. Besok mereka akan dihantar balik ke Perak untuk rawatan disini tapi doktor macam tak beri jaminan sama ada dia boleh terus melihat dunia atau tidak. Sahabat Facebook say, saya tahu saya pun manusia yang pernah membuat silap tatkala dalam membuat amal.

Saya juga sedar kadang-kadang kata saya ada yang menyinggung perasaan sahabat. Maafkan saya jika ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan cara saya tapi hari ini saya ingin semua doakan agar Hafiz diberikan kesembuhan dan doakan agar saya dan ibunya kuat menjaga adik Hafiz. Semoga Allah mengangkat doa doa dari kita untuk adik Hafiz ini. Aminn..

#ciktatakkuat
#canserbone
#Doakanyangterbaik
#penengipoh

Sumber : Mak Ita

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×