Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berpendapat bahawa perpisahan merupakan jalan terbaik berbanding terus mempertahankan hubungan yang sudah tidak menemui keserasian.

Artikel Berkaitan: Netizen Tertanya Mengapa Janda Lebih Berjaya & ‘Function’ Selepas Cerai, Abby Abadi Kongsi Pandangan

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Bersuara Isu Nikah Di Thailand Meningkat, Sifatkan Undang-Undang Poligami Malaysia Lemah – ‘Lelaki Tak Ambil Peduli Hal Tanggungjawab’

Lebih baik berpisah

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu menyifatkan dunia kini semakin menuju ke penghujung zaman apabila wanita dilihat mempunyai hak untuk memfailkan perceraian terhadap suami.

Akhir zaman ini umat dia punya power sampai isteri yang ceraikan suami dan perkara itu sah.

Ciapan tersebut meraih perhatian Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, yang menyuarakan pandangannya terhadap penceraian.

Menurut Abby Abadi, perpisahan boleh menjadi pilihan yang lebih baik berbanding terus bertahan dalam hubungan yang memudaratkan sehingga mengorbankan kesejahteraan, kesihatan emosi dan keselamatan diri.

Lebih baik minta cerai kalau dah tak serasi. Dari memendam sampai jadi benci.

Bergaduh sampai membunuh. Baik menjauh kalau itu lebih menjaga emosi.

Sumber: Threads @abbyabadi_112