berita

Lebih Kenyang Berbanding Nasi, Ini Resepi Rolled Oats Sihat Untuk Sahur

May 6th, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Makanan yang sihat dan berkhasiat adalah sangat penting untuk mengekalkan tenaga sepanjang tempoh berpuasa. Oleh itu, pemilihan makanan semasa bersahur perlu dititik beratkan agar tidak membebankan ‘perut’ keesokan harinya.

Selain daripada jus kurma dan susu, korang boleh juga amalkan resepi rolled oats seperti yang dikongsi gadis ini. Yang penting tenaga tahan lebih lama berbanding memakan nasi. Cubalah!

Resepi sahur guna rolled oats

Ada macam-macam jenama rolled oat ni. Saya paling suka yang merah tu. Boleh beli di giant, tesco atau aeon. Pasaraya kecil selalunya tak ada rolled oat. Ada oat kisar yang biasa tu je.

Salam. Sempena puasa esok, nak kongsi beberapa cadangan resepi untuk menu sahur.

Bahan utama: OAT (Rolled Oat)
Kenapa oat?
– lebih kenyang berbanding nasi
– sesuai untuk sesiapa yang tak selera nak makan nasi ketika sahur
– lebih sihat. Bagus untuk jantung, kurangkan berat dan kolestrol.
– mudah dan cepat
– sesuai untuk sesiapa yang tak nak makan berat tapi nak kenyang

Kenapa rolled oat?
Sebab tekstur rolled oat lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa. Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, ianya tidak terlalu lembik dan muak bila dimakan. Lagi satu, rolled oat memang asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain. Jadi memang ‘clean’ ye.

Macam mana rupa rolled oat?
Scroll gambar sampai habis

Bahan-bahan utama & cara makan

Cara makan:
Boleh dimasak atas api, direndam dalam air panas, dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.

Bahan-bahan utama:
• 4-5 sudu rolled oat
• Susu low fat/ full cream/ berperisa
• Buah-buahan
* Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak.
* Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun beres.

Bahan tambahan (optional);
• yogurt
• madu
• chia seed/ flaxseed
• kekacang
• peanut butter
• serbuk kayu manis
• serbuk koko

Resepi

Overnight oat kurma
– kurma 3 biji. Kisar dengan susu dan chia seed.
– gaul dengan rolled oat. Sejukkan.

Mango Overnight oat

Sumpah paling sedap!
– mangga
– chia seed
– flaxseed
– susu
Campur semua. Sejukkan.

Banana mango overnight oat
– pisang dilenyekkan (lapisan bawah)
– rolled oat
– chia seed + flaxseed
– mangga
– tabur serbuk kayu manis
Sejukkan.

Oat mango chia pudding
– 4 sb chia seed dicampur dengan sedikit susu. Biarkan hingga pekat jadi puding.
– lapiskan dengan mangga, susu dan oat.

Oat mango chia pudding
– 4 sb chia seed dicampur dengan sedikit susu. Biarkan hingga pekat jadi puding.
– lapiskan dengan mangga, susu dan oat.

Chocolate banana overnight oat
– kisar sebiji pisang, susu dan serbuk koko
– campurkan rolled oat
– sejukkan

Banana Dragonfruit smoothie
– kisar rolled oat, pisang, dragonfruit dan susu
– tabur ketulan pisang dan kuaci labu


Ni versi rajin ha. Versi masak ye.
– didihkan air masak.
– masukkan rolled oat.
– dah kembang kejap, masukkan susu.
– lepas tu masukkan epal merah dan kranberi.
– tutup api. Gaul chia seed dan flaxseed.
* ejas sendiri susu nak banyak ke sikit. Kalau tak letak air masak pun takpe.
* epal tu kalau nak masak asing pun boleh. Buat caramelized apple sedap weh.

Ni versi smoothie. Boleh campur dengan apa-apa buah.
Yang ni banana latte.
– kisar rolled oat, pisang, susu dan serbuk kopi

Nota kaki: Ni saya tunjuk cara versi sihat ya. Kalau anda tak kisah pasal kalori, gula dan sebagainya, terpulanglah nak letak apa dan banyak mana kuantitinya

Tak boleh telan oat? Kembang tekak?
Cuba dulu resepi-resepi ni. Kalau tak boleh telan juga, makanlah roti atau biskut. Tak selera juga? Minum susu dengan kurma je dah.

Semoga Ramadhan kali ini mengajar kita ke arah hidup lebih sihat. Ramadhan kareem everyone. Selamat berpuasa!

Pssst..dah buat nanti share la nak tengok hasilnya
#oatcarafn

Sumber : Fadhlia Nuur

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×