berita

Lebih Kurang Sebulan Lebih Tak Jumpa & Raya Bersama, Shuk Sahar Terbang ‘Mengejut’ Ke Sabah Jumpa Anak-Anak

May 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kisah rumah tangga antara Shuk Sahar dan isterinya, Sera masih menjadi tumpuan netizen apabila mereka berdua dilihat tidak menyambut hari raya bersama-sama, baru-baru ini. Terbaru, Shuk memuat naik sebuah video di Instagram dan memberitahu kepada semua bahawa dirinya sudah sebulan lebih tidak berjumpa dengan anak-anak.

Isteri bawa anak pulang ke Sabah

Sebenarnya sejak dari awal proses hari tu, anak saya Ain dan Aimy mereka pergi ke Sabah dan beraya di sana. So, lebih kurang sebulan lebih saya tak jumpa mereka. Sejujurnya, saya sangat-sangat rindu mereka. Jadi pagi ni saya bangun, tanpa ada plan saya datang Klia dan beli tiket untuk pergi ke Sabah. Saya nak buat kejutan untuk mereka.

Sebagai seorang ayah, Shuk tidak dapat menahan rindu terhadap anak-anaknya. Ujar Shuk, dia mengambil keputusan untuk membeli tiket pergi ke Sabah pada awal pagi semalam tanpa melakukan sebarang perancangan. Lebih menyentuh perasaan, Shuk kelihatan sangat gembira sewaktu berjumpa anak-anaknya selepas sekian lama tidak berjumpa.

Maaf lambat beraya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Hanya rindu. Alhamdulillah sempat rasa raya sekali maaf nak ayah lambat beraya dengan Ain dan Aimy.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan perkongsian tersebut. Menurut netizen, kasih seorang ayah kepada anak-anak tidak dapat disangkal lagi meskipun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan hidup. Netizen turut mendoakan yang terbaik buat Shuk dan Sera. Mereka berharap pasangan ini dapat menyelesaikan masalah rumah tangga dengan segera demi kebaikan anak-anak.

Sumber: Shuk Sahar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×