berita

‘Lee Min Ho’ Jual Nasi Kuning Laku Keras, Sekali Dia Tayang ‘Six Pack’…

April 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang pemuda yang memiliki wajah persis seperti pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho mendapat perhatian orang ramai di Kalimantan Timur, Indonesia.

Memiliki wajah seperti Lee Min Ho

Penjual nasi kuning yang dikenali sebagai Doddy Angga Andrianto ini mengatakan semenjak gambarnya tular di media sosial, perniagaannya semakin laris terutamanya pembeli daripada kalangan wanita.

Ada juga yang cuba menggoda pemuda berkenaan untuk keluar bersamanya, walau bagaimanapun dia tetap bersikap profesional dan menolak lamaran tersebut dengan cara yang baik.

Menurutnya lagi, dia menganggap rezeki yang diterimanya adalah salah satu caranya untuk membahagiakan orang tuanya.

Bantu ibu untuk menjual nasi kuning

Pemuda yang berusia 27 tahun ini sudah terbiasa apabila ramai yang menganggap dirinya seperti seorang lagi artis Korea Selatan iaitu Siwon dan ada juga yang mengatakan dia seperti artis Indonesia, Boy william.

Ada juga kata saya ini orang Thailand, Cina dan macam-macam lah

Doddy juga pernah menyertai pertandingan bina badan dan akibat kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai buat dirinya, dia nekad untuk membantu ibunya berniaga nasi kuning kerana merasa kasihan melihat ibunya berniaga seorang diri.

Video penuh :

@anggaandrian23Ni part 2 video nya kata nya senyum jgn jutek muka nya, yuklah mampir kewarung saya di ##samarinda ##fyp ##fyp? ##foryou ##xyzbca ##foryoupage ##xyzbca? dj.dia menyukaiku – Soibah Dee?

@anggaandrian23

nikmatin proses nya sabar dan tawakal ?

? rasputin edit audio by magentaudios – carmela

 

Sumber : Kompas.com ,anggaandrian23

SKIP THIS AD ×