Olimpik Paris 2024.

Pemain badminton perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik mendapat habuan berupa kereta mewah jenama Chery selepas meraih pingat gangsa di sukan Olimpik Paris 2024.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Kira Apa Yang Berlaku, Saya Tetap Akan Wakili Malaysia’ – Lee Zii Jia

Artikel Berkaitan: Azfar Heri Teringin Nak Jumpa Aaron Chia, Netizen Cakap Rupa Nampak Seiras

Dapat kereta mewah!

Olimpik Paris 2024.

Memetik laporan Stadium Radio, Chery Malaysia, telah mengumumkan ketiga-tiga atlet negara itu akan membawa pulang sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro sebagai salah satu ganjaran selepas mencipta kejayaan membanggakan dalam temasya berprestij itu.

Dalam masa sama, Chery Malaysia turut menjanjikan tawaran kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro.

Terdahulu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih gangsa selepas menewaskan pasangan dari Denmark iaitu Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan mata 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit perlawanan.

Manakala, Lee Zii Jia telah menundukkan jaguh dari India, Lakshya Sen dengan mata 13-21, 21-16, 21-11.

Sumber: Stadium Astro