berita

Foto : Leez AF4 Bercinta Dengan Aepul Drama Band?

November 25th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

leez

Jika anda masih ingat, Leez AF4 pernah digosipkan bercinta dengan Zizan Razak beberapa tahun lepas. Namun, setelah kisah cinta mereka terputus ditengah jalan, nama Leez jarang menjadi perbualan ramai apatah lagi melihat kemunculannya di kaca televisyen.

Namun begitu, baru-baru ini kami tertarik dengan foto mesra Leez di Instagram bersama seorang lelaki dipercayai Aepul dari kumpulan Drama Band.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan, Leez dilihat sering meluangkan masa bersama penyanyi tersebut. Malah, dipercayai hubungan mereka diterima baik oleh kedua-dua buah keluarga.

Leez

Bukti Aepul dalam perancangan memiliki Leez

Dalam masa yang sama, Aepul juga menyatakan hasrat untuk memiliki Leez di laman Instagram miliknya, dimana dia dipercayai sedang sibuk mengumpul wang untuk mengahwini bekas bintang AF itu.

Adakah Aepul pengganti Zizan Razak? Apa-apa pun, jika benar mereka sedang bercinta, OHBULAN! doakan agar hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. Mari layan foto-foto mesra mereka selepas ini.

Sumber : Instagram Leez Rosli & Aepul Drama Band

SKIP THIS AD ×