Setelah sekian lama menyepi, bekas vokalis Kamikaze iaitu Terence Law atau nama komersialnya T-Rex Kamikaze kembali menghadiahkan peminat dengan karya terbaharunya berjudul ‘T-Rex Kembali Menyala’.

Artikel Berkaitan: Aisha Retno & Ade Govinda Ungkap Rasa Kehilangan Melalui ‘Semoga Saja’

Artikel Berkaitan: Biduanita Negara Bakal Lancar Lagu Raya, Puji Hasil Ciptaan Aisha Retno – ‘Anak Muda Yang Hebat’

T-Rex Kembali Menyala

Menerusi EP ini, T-Rex Kamikaze mempertaruhkan single utama, ‘Revive’ yang membawa maksud tentang perjalanan hidup dan refleksi peribadi yang dizahirkan melalui rentak rock.

Manakala ‘T-Rex Kembali Menyala’ adalah tafsiran tentang ketahanan diri, kebangkitan semula dan kesinambungan seni dirinya. 

EP ini bukan tentang mengejar trend atau membuktikan sesuatu. Ia tentang bangkit semula dan membiarkan muzik berbicara dengan cara tersendiri. 

Peminat perlu menikmati lagu-lagu ini untuk mendalami dan mentafsir apa yang ingin disampaikan.

Mengimbas kembali kegemilangan bersama Kamikaze, kumpulan ini pernah mencapai kemuncak kerjaya apabila memenangi anugerah Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 2001. 

Antara lagu hits kumpulan Kamikaze adalah Luhur, Tawa Dalam Tangisan, Pergi Selamanya dan banyak lagi. 

Muzik video rasmi sedang disiapkan, namun karya dalam EP ini sudah boleh didengari di YouTube, manakala Spotify dan Apple Music akan menyusul di platform digital tidak lama lagi.