Cuti sekolah dah makin dekat, korang dah plan nak bawa anak-anak ke mana? Atau korang sebenarnya adults yang secretly masih gila LEGO®? Tak kisah siapa korang, ini berita yang confirm buat korang teruja gila!

Bermula dari 28 Mei sampai 8 Jun 2025, LEGO® Home bakal takeover The Exchange TRX dengan satu pop-up interaktif yang super fun dan penuh warna-warni.

Bukan sekadar untuk budak-budak je, tapi untuk semua yang masih ada semangat ‘play’ dalam diri!

LEGO® bukan sekadar mainan tapi ia inspirasi dekor rumah!

LEGO®

Siapa sangka LEGO® boleh jadi dekor rumah yang stylish? Di LEGO® Home, korang akan dibawa ke dunia rekaan dalaman yang diinspirasi sepenuhnya daripada LEGO®, dari centerpiece meja makan, hingga ke dekor meja kerja yang quirky tapi tetap functional.

Setiap zon direka khas untuk tunjukkan cara-cara kreatif guna LEGO® dalam dekor rumah. Nak idea hias bilik anak? Ruang tamu? Sudut belajar? Semua ada!

Lagi best, ada bengkel hands-on untuk korang cuba bina sendiri. Siapa tahu, mungkin korang ada bakat terpendam sebagai LEGO® interior designer?

Aktiviti mesra keluarga yang buat anak tak nak balik

Bila sebut LEGO®, ramai fikir ia hanya untuk budak-budak. Tapi kat sini, memang family-friendly habis! 

Event ni penuh aktiviti interaktif untuk kanak-kanak dan semua disusun rapi supaya mereka boleh belajar sambil bermain.

Insta-worthy spots & hadiah menarik

Setiap sudut LEGO® Home direka dengan elemen visual yang mencuri perhatian, memang sesuai untuk yang suka bergambar dan post di Instagram. Jangan lupa pakai outfit matching LEGO® untuk gambar yang lebih pop.

Dan kalau korang seorang kaki shopping, jika korang berbelanja RM1,500 (atau RM1,200 guna kad UOB) dalam dua resit, korang boleh tebus exclusive LEGO® Teal Ceramic Mug. Cantik gila, confirm jadi rebutan!

Sebelum terlupa, korang boleh bawa anak-anak korang jumpa Maskot Bluey, Bingo dan LEGO® Space Benny secara live!

Sesi Meet & Greet ini akan berlangsung setiap hujung minggu dan cuti umum, iaitu pada 31 Mei, 1, 2, 7 dan 8 Jun dengan lima slot menarik setiap hari.

Waktu Setiap Sesi (30 minit setiap sesi):

  • 11.00 pagi – 11.30 pagi (Bluey & Bingo)
  • 1.00 tengah hari – 1.30 tengah hari (Bluey & Bingo)
  • 3.00 petang – 3.30 petang (Bluey & Bingo)
  • 5.00 petang – 5.30 petang (Bluey & Bingo)
  • 7.00 malam – 7.30 malam (LEGO® Space Benny)

Pastikan korang datang awal untuk elak terlepas peluang bergambar dengan maskot kegemaran ramai ni. Jadi tunggu apa lagi?

Bawa anak-anak korang dan alami sendiri keseronokan LEGO® Home hanya di The Exchange TRX! Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi mereka atau follow The Exchange TRX di Instagram.