berita

Leher Dipasung & Seminggu Ditinggalkan Anak Di Tengah Hutan, Ibu Meraung Saat Rantai Besi Dibuka

December 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang. wanita bergelar ibu dipercayai dipasung oleh anaknya menggunakan rantai besi sepanjang 1.5 meter pada dua batang pokok di tengah hutan di Kampung Desa Baru, Indonesia.

Anak pasung ibu dalam hutan

Memetik laporan Regional Kompas, anak mangsa, Alfiah berusia 29 tahun nekad memasung leher ibunya, Ani berusia 50 tahun sejak 17 November lalu iaitu selepas mendapat persetujuan daripada ahli keluarga yang lain dan penduduk setempat. Difahamkan, mereka bertindak sedemikian kerana tidak mahu ibunya yang mengalami masalah mental membuat gangguan di kampung berkenaan seperti mengamuk, mencederakan dan merosakkan rumah penduduk setempat.

Bukan setakat batu, batang pokok, kalau ada parang bawa parang, lepas tu dia kutip kotoran/najis dan campak kepada penduduk yang lalu-lalang. Tindakan tersebut membuat penduduk resah, tidak selesa malah menakutkan mereka.

Namun siapa sangka, keadaan kesihatan mangsa agak membimbangkan selepas seminggu dipasung. Ekoran daripada itu, mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selepas keadaan semakin pulih, mangsa dibawa ke sebuah yayasan untuk mendapatkan rawatan penyakit mentalnya.

Kisah dan video Ani dipasung telah tersebar di media sosial sehingga mendapat perhatian seorang peguam yang meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung perkara ini. Menurut sumber, Ani dipercayai mengalami gangguan jiwa selepas bercerai dengan suaminya yang berlaku curang.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×