berita

Lelaki 50 Tahun Meninggal Dunia Di Rumah Urut – ‘Sempat Minta Air Dekat Tukang Urut Wanita’

June 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan khidmat urut di sebuah rumah urut di Sedayu Tugu, Indonesia sekitar 2:45 petang semalam.

Meninggal dunia di rumah urut

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Bogor Tribunnews, mangsa yang dikenali sebagai MS dipercayai tidak sihat dan dia telah mengunjungi rumah urut berkenaan untuk mendapatkan khidmat urut. Menurut saksi, mangsa juga ada mengadu kepada tukang urut wanita di situ bahawa dia mengalami sakit perut.  Selepas mendapatkan khidmat urut, mangsa telah meminta wanita terbabit menyediakan air putih untuknya.

Sekembalinya wanita itu ke bilik urut, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring di atas tilam dan mangsa langsung tidak memberikan apa-apa respon meskipun sudah dikejut oleh beberapa orang individu di situ.

Pihak polis bergegas ke rumah urut berkenaan selepas menerima laporan berhubung kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang tanda-tanda keganasan yang berunsur jenayah.

Sumber: Bogor Tribunnews

SKIP THIS AD ×