berita

Lelaki 53 Tahun Tergamak Rogol Kanak-Kanak Terencat Akal, Bagi Alasan Isteri Dah Tak Mampu ‘Layan’

February 3rd, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di Jatirogo, Kabupaten Tuban, Jawa Timur, Indonesia ditahan polis gara-gara didakwa melakukan jenayah rogol terhadap seorang kanak-kanak terencat akal.

Suspek datang untuk tawar barang

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Tuban, AKBP Darman, kejadian berkenaan berlaku ketika suspek datang ke rumah berkenaan untuk menawarkan barang, namun kedua-dua ibu bapa mangsa ketika itu tiada di rumah kerana baru sahaja keluar.

Melihat keadaan rumah berkenaan sunyi, suspek yang berusia 53 tahun itu kemudiannya memaksa kanak-kanak terbabit masuk ke dalam bilik dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan intim bersamanya.

Ayahnya keluar kejap dan dari situlah suspek melakukan perbuatan terkutuknya itu.

Mangsa cuba menolak kerana dia rasa dirinya diancam oleh suspek, namun akhirnya mangsa terpaksa memenuhi permintaan suspek.

Ujarnya lagi, suspek yang bekerja sebagai seorang tukang kayu itu merupakan rakan kepada bapa mangsa.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut menutup mulut mangsa dengan menggunakan tangannya kerana tidak mahu mangsa menjerit meminta pertolongan.

Rogol sebab isteri dah tak mampu

Lebih mengejutkan lagi apabila suspek dipercayai sanggup merogol kanak-kanak berkenaan kerana isterinya sudah tua dan tidak mampu untuk melayani ‘permintaannya’ lagi.

Walau bagaimanapun, suspek ditahan di bilik tahanan polis untuk menjalani proses perundangan selanjutnya oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Tuban (Sat Reskrim) dan suspek turut menyatakan bahawa dia hanya melakukan perbuatan keji berkenaan sekali sahaja.

Susulan daripada itu, suspek bakal berdepan hukuman penjara selama 12 tahun jika didapati bersalah.

Sumber : Kumparan

SKIP THIS AD ×