berita

Lelaki Akan Automatik Jadi Berdebar & Takut Bila Berdepan 10 Perkara Ini. Betul Tak Geng?

October 11th, 2018 | by Epul
Sponsored Post

Korang ingat jadi lelaki senang ke? Memanglah all the time nampak macho je selalu. Tapi, disebalik ‘ke-macho-an’ seorang lelaki itu, masih ada perkara-perkara yang diorang takutkan sebenarnya. Macam admin, takut lipas. Haha… Tapi tak apa, tak semua org perfect kan…

Kalau korang sama lelaki macam admin, cuba korang baca 10 perkara yang lelaki takutkan kat bawah ni, mesti boleh relate kan?

1. Cikgu disiplin nak check rambut

Lelaki masa zaman sekolah dulu memang nakal. Dari kacau orang, buat bising sampailah simpan rambut panjang tu dah menjadi kegilaan. Belum lagi warna atau simpan ‘ekor’… Nampak memang macam style, (katanya) kan?

Budak-budak sekolah lain pun mengagumi sebab berani simpan rambut padahal sekolah dah beri had panjang rambut yang dibenarkan. Tapi, dia lupa cikgu disiplin akan buat spot check bila-bila je. Kalau sempat lari atau menyorok untunglah. Kalau kena tangkap, kena potong depan semua orang. Malu tak?

2. Berkhatan. Pengalaman paling mendebarkan yang pasti akan dialami lelaki masa kecik dulu

Tanyalah admin mahupun mana-mana lelaki, takut tak nak berkhatan atau sunat? Yang jawab ‘biasa je’ tu, percayalah masa hari nak sunat tu menggigil beb. Kat mulut memanglah berani, tapi lepas dengar budak-budak lain menjerit, menangis sementara tunggu giliran, automatik jadi takut balik!

3. Nampak jarum injection. Ketar terus lutut!

Masa sekolah dulu admin rasa lelaki pun tak terlepas dari suntikan. Tak kiralah suntikan imunisasi, nak cabut gigi atau sunat. Paling takut bila kita ‘dimomokkan’ dengan suntikan BCG yang katanya guna jarum panas, kalau tiada tanda suntikan masa kecik kena jugak. Adui!

Tapi, nak taknak kena terima jugalah demi perlindungan badan kita dari penyakit berjangkit berbahaya. Redha jelah… Tapi, sebelum nak cucuk tu, seram sejuk dan ketar lutut tengok jarum yang panjang tu nak menyucuk badan kita. Sakit!

4. Bila adik atau akak call suruh belikan pad.. adoi dah la banyak jenis!

Serabut terus bila dapat call dari kakak atau adik suruh belikan pad. Tak pun dia menjerit je dari dalam toilet. Adoi nak tak nak kena pergi beli juga kan?

Lepas tu, sampai kat kedai serabut nak pilih mana satu. Ada banyak jenis weh! Tak faham pulak tu term-term pad ni.. Selalu sangat tersalah beli, lepas tu kena marah!

5. Jumpa sekatan jalan raya

Lelaki dan motor memang berpisah tiada. Pergi kerja naik motor, beli barang naik motor, pergi main bola naik motor, pergi dating pun naik motor. Kalau bonceng penumpang mungkin pandu slow sikit, kalau sorang tu boleh tahan laju. Tengah laju ada pulak sekatan jalan raya. Berderau darah dibuatnya!

Dalam kepala mesti risau “haish diorang nak check apa lagi ni”. Dalam masa sama seluk poket seluar check kad pengenalan, lesen dengan cukai jalan ada tak. Make sure semua tu masih sah, jangan tamat tempoh. Tak pasal-pasal keluar saman nanti!

6. Jumpa bakal mertua. Kejung beb duduk atas sofa!

Siapa kat sini yang dah lama bercinta, mesti terfikir nak bawa hubungan korang tu ke peringkat seterusnya iaitu berkahwin kan? Nak kahwin, kena jumpa bakal mertua dulu! Ingat senang jumpa bakal mertua?

Malu dan segan tu sudah semestinya, kadang tu kejung tak terucap beb. Sebab, nak minta izin untuk berkahwin dengan ajak keluar lain tau! Kahwin ni melibatkan tanggungjawab, pengorbanan dan peranan besar menjadi ketua keluarga. Bukan main-main!

7. Lafaz akad nikah. Untung kalau tak tersasul

Bila dah dapat green light dari mertua untuk ke jinjang pelamin tu memang syok. Tapi, jangan lupa masa hari pernikahan nanti! Fuh, nak lafaz akad nikah ingat senang ke? Lain tau dari lafaz ‘I love you‘ macam yang korang ucap hari-hari buat girlfriend korang tu…

Nervous, takut, macam-macam perasaan ada. Sebab apa, lepas je korang lafaz akad, status korang akan automatik bertukar jadi suami orang dan ketua keluarga tau! Tanggungjawab tu lagi besar! Tak semua orang ada keberanian untuk lafaz akad nikah. Tersasul nama bakal isteri? Itu perkara biasa…

8. Bila isteri cakap “awak, pinjam handphone kejap”

Bagi yang dah beristeri, admin faham tak semua diantara korang akan share semua benda dengan pasangan. Kadang-kadang, kita pun perlukan privacy sendiri kan? Tapi, bila isteri nak pinjam handphone, boleh ketar satu badan beb!

Automatik dalam kepala “aku ada buat salah ke harini”, “alamak gambar dengan kawan perempuan kat office aku haritu belum padam, habislah dia cemburu”, tak pun risau ada call perempuan luar tak kiralah atas urusan kerja atau suka-suka. Boleh jadi ribut satu rumah!

9. Bila isteri mengadu sakit sengugut.. Gelabah weh!

Bila isteri bagi tahu kita ingat dia sakit perut biasa, rupanya senggugut! Nak pujuk tapi bila cakap semua salah.. Gelabah gila weh sebab tak tahu nak buat apa tambah dengan rasa kesian lagi!

Last-last boleh offer belikan makanan jelah.. dapatlah reda sikit. Uish, berpeluh fikir!

10. Bila anak tanya pasal period masa isteri takde kat rumah

Satu lagi perkara yang ditakuti lelaki, bila anak korang tanya pasal ‘period‘ masa isteri takde kat rumah. Korang nak jawab apa agak-agak? Darah yang keluar dari ‘bawah’? Dosa kena tanggung sendiri? Budak-budak mana faham lagi waktu-waktu macam ni…

Sebab tu sebelum kahwin atau masa muda ni, ilmu ‘period‘ ni kena belajar supaya tau walau sikit pun. Setidak-tidaknya, bila ada anak nanti, taklah runsing bila anak tanya pasal ‘period‘ kalau isteri takde kat rumah!

Ilmu ‘period‘ tu penting, sebab tu wujudnya kempen Men-struation dari Libresse

Jangan macam tu guys, zaman dah berubah dan kita sebagai lelaki kena tahu jugak pasal ‘period‘ ni! Bila dah ada isteri nanti senang! Libresse kini tampil dengan kempen Men-struation yang bertujuan mahu meningkatkan tahap kefahaman lelaki pasal ‘period’!

Korang nak tau segalanya pasal ‘period‘? Jom dengar penjelasan dari Get Real Bro kat bawah ni…

Pelik-pelik kan jawapan lelaki-lelaki kat atas ni bila kena tanya pasal ‘period’? Haih admin harapkan lepas ni korang yang lelaki tu lebih fahamlah pasal ‘period‘ dengan adanya kempen Men-struation dari Libresse ni.

Layari laman web Libresse untuk maklumat lanjut mengenai kempen Men-struation okay!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×