berita

Lelaki & Anak Buah Reka Cerita Konon Diculik Sekumpulan Individu, Rupanya…

January 29th, 2020 | by faris
Kini Trending

Gara-gara mereka-reka cerita palsu kononnya anak saudaranya diculik dalam satu kes di Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah, lelaki 46 tahun dan kanak-kanak 11 tahun ditahan polis. Mereka berdua ditahan dalam pada 11 malam Selasa.

Kononnya diculik sekumpulan lelaki

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan setelah video berdurasi 1 minit 44 saat berkenaan viral di laman sosial. Dalam video itu, kanak-kanak berkenaan mengaku dia diculik sekumpulan lelaki menaiki van hitam sebelum berjaya melepaskan diri dan dihantar pulang oleh lelaki lain.

Video dimuat naik di media sosial Facebook dan tular dalam aplikasi WhatsApp itu menggemparkan warganet dan menimbulkan kegusaran orang ramai.

Elak dimarahi lepas balik lambat

Menurut Mohd Iqbal, siasatan mendapati cerita kanak-kanak dipercayai warga Myanmar itu hanya rekaan bagi mengelak dimarahi keluarganya selepas pulang lewat.

Malah lelaki dewasa dalam video itu turut membuat kenyataan mengugut untuk mengambil tindakan sendiri terhadap ‘penculik’ sambil memegang senjata berbahaya iaitu sabit.

Siasatan juga mendapati lelaki yang menetap di Kampung Kuala Teriang di sini, adalah bapa saudara kepada kanak-kanak berkenaan.

Tambahnya, lelaki itu disiasat bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Manakala kanak-kanak terbabit disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.