
Teka-teki mengenai individu yang muncul melontarkan dialog bahasa Melayu dalam siri popular Korea Selatan, Taxi Driver 3 akhirnya terjawab selepas tuan badan tampil membuat pendedahan.
Artikel Berkaitan: Pelakon Terkenal, Lee Je Hoon Bakal Temui Peminat Di Malaysia September Ini Menerusi JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour
Asal Semenyih

Menerusi hantaran di Threads, individu dikenali @hhighqal mendedahkan dirinya merupakan anak jati Semenyih dan telah menetap di Korea sejak tujuh tahun lalu.
Individu itu juga menyatakan rasa syukur apabila ramai yang memberikan sokongan terhadap dirinya.
Saya dulu belajar di Konkuk University bidang Films and Acting dan selepas graduate saya memang teruskan karier saya sebagai pelakon di Korea dan dan bukan kru.
Saya juga ada tampil dalam drama A Shop For Killers season 1 tapi sekejap saja dan satu filem bertajuk Hideaway yang baru ditayangkan pada 19 November lalu di Korea.
Selain tu saya juga ada terlibat dalam teater, dan juga beberapa independent film yang saya berlakon sebagai watak utama.
Sebelum ini, tular di media sosial satu babak dalam episod 4 di sebuah bengkel kereta dalam drama tersebut apabila seorang pelakon melontarkan dialog yang dipercayai dalam bahasa Melayu.
Perkara itu menjadi bualan dalam kalangan peminat Malaysia yang rata-ratanya teruja apabila bahasa tempatan diselitkan dalam produksi Korea.




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
