berita

Lelaki Bakar Pejabat Selepas Isteri Tipu Kena Kerja Ketika Cuti Umum

February 3rd, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Akibat berang si isteri perlu bekerja ketika cuti Tahun Baru Cina, seorang lelaki di Pekanbaru, Indonesia bertindak membakar bangunan pejabat di mana isterinya bekerja.

Geram isteri kena kerja

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di pejabat Badan Perancang Kemajuan Wilayah (Bappeda) di Riau, Indonesia. Dalam pada itu, si suami mendakwa bahawa dia berasa geram kerana isterinya terpaksa bekerja walaupun pada cuti umum.

Menurut Ketua Polis Pekanbaru, Kombes Pol Pria, lelaki berkenaan dilaporkan telah datang ke bangunan terbabit, namun tidak menemui wanita tersebut sedangkan isterinya menyatakan bahawa dia keluar untuk pergi bekerja.

Isterinya mengaku yang dia nak pergi ke pejabat dan sebenarnya dia pergi ke pejabat wanita tersebut sebab nak tengok si isteri ada ke tak kat situ tapi rupanya tak ada.

Walau bagaimanapun, suspek bukan sahaja membakar bangunan milik Kerajaan Wilayah Riau, malah dia dikatakan turut mengancam pengawal keselamatan yang bertugas pada ketika itu untuk membenarkannya masuk ke dalam bangunan terbabit.

Bakar sofa & pecahkan pintu kaca

Ujarnya lagi, lelaki berkenaan yang membawa senjata tajam itu telah pergi ke tingkat dua bangunan terbabit dan bertindak membakar sofa. Akibat daripada itu, api menjadi semakin marak sehingga merebak ke tingkat tiga.

Suspek telah membakar sofa di tingkat dua bangunan itu dan dia juga turut pecahkan pintu kaca bangunan berkenaan.

Susulan daripada kejadian berkenaan, pihak polis berjaya menahan suspek ketika lelaki tersebut berada di rumahnya. Ketika diiringi oleh anggota polis untuk menuju ke tempat kejadian, lelaki terbabit sempat mengatakan bahawa dia berasa marah dengan apa yang telah berlaku.

Sumber : Kumparan

SKIP THIS AD ×