berita

Lelaki Bakar Rumah Sendiri Sebab Anak Tak Kisah Rumah Bersepah

August 9th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki di Britain dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas bertindak membakar rumah sendiri ketika anak lelaki dan anak saudaranya masih berada di tingkat atas kediaman tersebut.

Tak puas hati anak tak ambil berat

Memetik laporan Mirror UK, Allan Wharrier, 53 tahun bertindak membakar kediamannya selepas mengadu tentang keadaan rumah tersebut yang bersepah.

Lelaki asal Leeds itu tinggal di sebuah rumah berkembar di Guiseley, West Yorkshire bersama anak lelakinya dan seorang anak saudara yang sudah dewasa.

Tahun lepas, Wharrier yang mengalami osteoporosis menelefon isterinya yang berada di Filipina dan mengadu tentang keadaan rumah yang bersepah, kemudian meneguk hampir sebotol wain.

Ketika kejadian, anak lelakinya berkata, emosi bapanya tidak baik.

Anda tidak mengambil berat tentang saya. Apa yang kalian lakukan adalah hanya duduk di dalam bilik.

Kemudian, pada hari yang sama, Wharrier menghantar mesej kepada anak perempuannya dan memberikan kata laluan akaun banknya selain memaklumkan bahawa dia akan ‘menamatkan semuanya’.

Wharrier kemudian membakar rumah mereka dan anak lelakinya itu cuba untuk memadamkan api yang merebak, namun asap telah memenuhi rumah itu.

Ketika polis tiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran bermula di ruang tamu, berpunca daripada Wharrier yang telah memulakan kebakaran dengan membakar kotak.

Setelah api berjaya dipadamkan, Wharrier dibawa ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan akibat menyedut asap.

Wharrier kemudian ditahan di Mahkamah Leeds Crown sebelum dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan diperintahkan membayar denda sebanyak £190 (RM1,022).

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×