berita

Lelaki Bangga Tayang Duit Hasil Rompakan Di TikTok Dicekup Polis – ‘Jumlah Keseluruhan Hampir RM4.5 Juta’

August 15th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang individu yang menayang sejumlah wang di aplikasi TikTok akhirnya membawa padah apabila dia akhirnya ditahan pihak polis. Video yang dikongsikan telah viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Tayang duit rompak di TikTok

Foto: Thai Thaiger

Lelaki terbabit telah memuat naik satu video di TikTok dengan menunjukkan sejumlah wang dan dalam masa yang sama, dia turut memberitahu wang tersebut merupakan hasil kerja kerasnya. Tambah lelaki ini lagi, wang tersebut akan digunakannya untuk melangsaikan hutang.

Namun siapa sangka, video viral itu mendapat perhatian pihak polis dan mereka mengesyaki wang tersebut merupakan hasil rompakan. Susulan daripada itu, beberapa anggota polis telah menggeledah rumah lelaki terbabit dan berjaya menemui cek bernilai kira-kira 32 juta Baht bersamaan RM4,020304.57 serta wang tunai sebanyak 220,000 Baht RM27,639.59.

Dah guna RM18 beli makanan

Sekadar gambar hiasan

Hasil siasatan awal mendapati, suspek telah merompak sebuah syarikat logam pada 11 Ogos dan syarikat tersebut juga telah melaporkan bahawa sebuah peti besi berisi wang tunai dan barang berharga lain telah dicuri. Difahamkan, pakaian yang dipakai suspek dalam video di TikTok merupakan pakaian yang sama dipakainya semasa merompak syarikat terbabit.

Semasa soal siasat, suspek memberitahu bahawa dia merancang untuk melangsaikan hutang dengan menggunakan wang tersebut. Dia juga mengaku telah menggunakan sebanyak 150 Baht (RM18.82) untuk membeli makanan.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×