berita

Lelaki Beristeri 5 Ditahan Rogol 3 Wanita Lain, Guna Beca Cari Mangsa Keliling Kampung

February 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sangka, seorang lelaki yang sudah memiliki lima orang isteri tergamak merogol empat wanita lain. Lebih mengejutkan apabila salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia angkara perbuatan tidak berperikemanusiaan suspek.

Segala-galanya terbongkar

Lokasi kejadian (Foto: Sumut Suara)

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Tribun Batam, perbuatan terkutuk suspek, Armian Bin Ismail yang berasal dari Indonesia ini akhirnya terbongkar selepas penemuan mayat salah seorang mangsa rogol. Menurut sumber, suspek yang berusia 39 tahun pernah berkahwin sehingga lima kali dan kini hanya memiliki tiga orang isteri. Difahamkan, kesemua isterinya adalah jauh lebih berusia dengannya.

Hal ini kerana, suspek mendakwa bahawa ‘menjaga’ wanita tua lebih mudah kerana mereka tidak mempunyai banyak kerenah serta kehendak berbanding wanita muda. Menurut pihak polis, kematian mangsa yang dikenali dengan nama Zubaidah itu hanya disedari oleh anak saudaranya, Zahratul ketika dia datang ke rumah untuk melawat Zubaidah.

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Zahratul memaklumkan kebiasaannya pada setiap pagi, ibu saudaranya yang berusia 59 tahun itu akan singgah di rumah untuk sarapan. Tetapi pada hari kejadian, dia langsung tidak nampak kelibat mangsa. Bimbang sesuatu perkara buruk berlaku, Zahratul kemudian membuat keputusan untuk melihat keadaan ibu saudaranya yang dikatakan menderita masalah mental itu.

Tangan dan mulut diikat dengan kain

Setibanya di rumah, alangkah terkejutnya apabila melihat mulut dan tangan mangsa sudah diikat dengan kain. Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa sudah tidak bernyawa. Susulan daripada itu, Zahratul telah meminta bantuan penduduk kampung sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Menurut sumber, Zubaidah merupakan mangsa terakhir suspek. Mangsa telah dirogol sehingga meninggal dunia. Barangan bukti milik suspek termasuk telefon bimbit, seluar dalam, lampu suluh dan rantai logam telah ditemui di rumah Zubaidah. Malah, beca yang sering digunakan oleh suspek mengelilingi kampung untuk mencari mangsa-mangsa juga turut ditemui.

Sementara itu, hasil daripada siasata mendapati suspek telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap tiga wanita lain yang berusia termasuklah seorang suri rumah. Malah, suspek juga tergamak merogol mangsa di kebun sehingga mereka mengalami kecederaan parah. Suspek telah ditahan oleh pihak polis dan punca kematian mangsa masih lagi dalam siasatan.

Sumber: Tribun Batam

SKIP THIS AD ×