berita

Lelaki Berusia 57 Tahun Meninggal Dunia Ketika Bermain Bola Sepak

April 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 57 tahun meninggal dunia ketika bermain bola sepak di Kompleks Sukan Penampang, Sabah.

Rebah dan tak sedarkan diri

Foto: Free Malaysia Today

Memetik laporan Free Malaysia Today, mangsa yang bertindak sebagai penjaga gol itu dikatakan tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika melontar bola. Menurut Ketua Polis Daerah Penampang iaitu Mohd Haris Ibrahim, rakan mangsa yang melihat kejadian itu segera memberi bantuan dan ketika itu nadi mangsa masih berdenyut.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi segera memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum menghantarnya ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) Kota Kinabalu oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Difahamkan, punca kematian mangsa setakat ini belum dapat dikenal pasti dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×