berita

Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Rupanya Lari Lepas Kelar Leher Isteri, Anak

July 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral sebuah rakaman video di media sosial mengenai seorang lelaki berbogel sambil menunggang motosikal di Taman Perling, Johor Bahru, hari ini.

Artikel berkaitan: Lelaki Selamba Bogel Tunggang Motosikal Atas ‘Highway’

Menerusi laporan Utusan Malaysia, lelaki berkenaan dipercayai tergamak bertindak kejam apabila sanggup mengelar leher isterinya yang baru habis pantang serta bayi berusia 44 hari dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Dewasa, Bakar Batu, tengah hari tadi.

Ditahan dalam keadaan berbogel

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pihak polis turut merampas sebilah pisau pemotong dan sebuah motosikal yang ditunggang suspek. Tambah Raub, tangkapan terhadap suspek dibuat ekoran satu laporan polis berhubung kejadian bunuh melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun dan seorang bayi lelaki.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman berusia 26 tahun dan bayi, Hans Mohd. Thakif Amir, 44 hari ditemui berlumuran darah serta kesan kelar pada leher di luar rumah teres yang didiami keluarga pasangan muda itu. Susulan kejadian itu, suspek lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan dalam keadaan berbogel sambil menunggang motosikal seperti video viral di media sosial.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian bunuh itu dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah hari di sebuah rumah di kawasan Bakar Batu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.

Sumber: Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×