berita

Lelaki Bongkar Misteri Jalan Lama Bukit Putus Negeri Sembilan, Nampak Jasad Tanpa Kepala, Kaki & Tangan!

February 1st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bukan sahaja penduduk Negeri Sembilan, orang luar turut mengetahui misteri jalan Bukit Putus yang menjadi sebutan sehingga kini. Keadaannya yang dikelilingi hutan dan bergaung dikatakan agak ‘mistik’ ekoran ramai yang sudah terkena gangguan ketika melalui jalan itu.

Di Twitter, seorang lelaki berkongsi kisah seram yang dialami mereka sekeluarga ketika pulang ke kampung. Memang betul-betul berlaku depan mata, seram!

Orang usung keranda

Menurut lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan ini, jalan Bukit Putus sememangnya menyeramkan dan terdapat pelbagai kisah mistik yang dialami pengguna jalan raya. Disebabkan itu, tidak ramai yang berani memandu seorang diri pada waktu malam. Antara gangguan seram tersebut adalah pemandu melihat orang kampung mengusung keranda di tengah malam. Tambah menakutkan apabila kawasan tersebut adalah bukit tebal yang mustahil ada penghuni.

Bantal peluk kejar kereta, lelaki tak berkepala

Selain itu, pernah juga orang terserempak dengan lelaki tanpa kepala di sebuah tunggul kayu. Lelaki tanpa kepala itu selalu mengilai dan menjerit meminta tolong.

Badan orang tanpa kepala, kaki & tangan melintas

Malah, ibu dan bapanya sendiri pernah melihat jasad tanpa kepala, kaki dan tangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Siap melintas kereta lagi. Memang terperanjat dibuatnya!

Sumber : @yourbuffbuffboi

SKIP THIS AD ×