berita

Lelaki Cedera Dibelasah Selepas Kantoi Ada Skandal Dengan Isteri Orang

November 28th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Dipukul Kantoi Skandal Isteri Orang

Padah buat seorang lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang apabila dia cedera teruk dipukul oleh sekumpulan orang lelaki.

Artikel Berkaitan: Teman Wanita Teruk Dibelasah, Tolak Permintaan Kekasih Psychopath Nak Buat Seks Oral

Enam lelaki ditahan

Lelaki Dipukul Kantoi Skandal Isteri Orang

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dipukul oleh enam orang lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan paha kiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, pihak polis kemudiannya berjaya menahan kesemua suspek selepas menerima panggilan berhubung kejadian daripada seorang saksi.

Susulan itu, polis menahan enam lelaki berusia antara 16 tahun hingga 42 tahun untuk membantu siasatan.

Hasil siasatan yang dilakukan mendapati, kumpulan individu itu dikatakan bertindak demikian kerana lelaki terbabit dikatakan menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang daripada suspek berusia 33 tahun.

Tambah Zaidy lagi, hasil siasatan mendapati lima daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan dadah kecuali remaja berusia 16 tahun.

Lelaki yang dibelasah itu mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah. Kesemua mereka mengenali antara satu sama lain dan hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada yang ditahan termasuk yang dibelasah itu positif dadah manakala tiga lagi negatif.

Kini, kesemua mereka ditahan reman selama empat hari kecuali remaja 16 tahun yang ditahan direman sehari dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×