Seorang lelaki Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari kerana mengganggu ketenteraman awam selepas cuba merangkul selebriti Hollywood, Ariana Grande.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisha Retno Berduet Dengan Ariana Grande & Cynthia Erivo, Netizen Kagum – ‘Macam Tu Je Dia Peluk’

Artikel Berkaitan: Ariana Grande Fail Cerai Selepas Beberapa Bulan Berpisah

Aksi melulu, undang kecaman

Menurut laporan BBC News, Johnson Wen, 26, didapati bersalah kerana mencetuskan kekacauan awam dalam insiden berprofil tinggi yang berlaku pada 13 November lalu ketika tayangan perdana Asia untuk Filem ‘Wicked: For Good’ di Singapura.

Kejadian yang tular di media sosial itu menunjukkan Wen melompat penghadang dan berlari ke arah Ariana sebelum bertindak memegang bahu penyanyi itu.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan ramai, yang mahu Wen segera ditangkap dan dihantar pulang kerana sebelum ini, dia juga pernah mengganggu konsert selebriti lain.

Tindakan lelaki itu juga dibimbangi akan menjejaskan kesihatan mental bintang pop berkenaan yang pernah mengalami Gangguan Stres Pasca-Trauma (PTSD) susulan serangan bom bunuh diri di konsertnya di Manchester, United Kingdom, pada 2017.

Tertuduh rayu tanpa peguam

Dalam perbicaraan yang lalu, mahkamah dimaklumkan bahawa Wen telah mencuba menceroboh tayangan perdana tersebut sabanyak dua kali.

Wen yang tidak diwakili peguam di mahkmah singapura, memberitahu hakim sebagai rayuan bahawa dia tidak akan mengulangi perkara itu lagi.

Susulan insiden tersebut, mengikut udang-undang Singapura di bawah kes gangguan awam, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda sebanyak S$2,000 (RM7,300) atau kedua-duanya sekali.

Sumber: BBC News