berita

Lelaki Curi Rantai Emas Bernilai RM5,300 Sebab Nak Bercuti Secara Mewah Dengan Isteri

October 25th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki ditahan kerana mencuri rantai emas milik warga asing di pasar Sirichai, Thailand.

Artikel Berkaitan: Lelaki Ditangkap Curi Motosikal Untuk Mas Kahwin, Selamat Nikah Di Balai Polis

Artikel Berkaitan: Lelaki Ditangkap Sebab Mencuri, Selamba Berak Dalam Kereta Polis

Ragut seutas rantai emas

Menerusi laporan Thaiger News, suspek mencuri rantai emas tersebut kerana mahu pergi bercuti bersama isterinya di sebuah pusat peranginan yang mewah.

Mangsa, Lin Aye, telah membuat laporan di balai polis Bang Khun Tian dan menceritakan bagaimana suspek telah meragut rantai emas miliknya yang bernilai hampir 40,000 baht (RM5,287).

Selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan pasar, polis berjaya mengenal pasti suspek sebelum menahannya ketika di cuba pulang ke rumahnya di daerah Samut Jedhi, Bangkok.

Ujar suspek, dia mempunyai masalah kewangan dan disebabkan itu dia bertindak untuk mencuri.

Selain itu, suspek turut mendedahkan bahawa dia telah menjual sebahagian daripada rantai emas yang dicuri itu kepada sebuah kedai emas di wilayah itu, dengan meraih 18,900 baht (RM2,498).

Walau bagaimanapun, dia telah menggunakan keseluruhan wang itu semasa melancong bersama isterinya.

Bukan itu saja, suspek juga mengaku telah melakukan satu lagi kecurian, di mana dia telah berjaya menjual rantai emas yang dicuri dengan harga 15,000 baht (RM1,985.10).

Disebabkan itu, suspek akan berdepan hukuman penjara minimum lima tahun dan denda sekurang-kurangnya 100,000 baht (RM13,215).

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×