berita

Lelaki Dalam Proses Bercerai Menyesal Derma Organ, Minta Isteri Kembalikan Semula Buah Pinggang

February 20th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Kecewa dengan isterinya yang didakwa bermain kayu tiga, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Richard Batista mahu menceraikan isterinya yang dikenali sebagai Danwell.

Artikel Berkaitan: Teruja ‘Rai’ Penceraian, Lelaki Patah Leher & Pinggang Main ‘Bungee Jumping’

Minta isteri pulangkan buah pinggang

Bukan sahaja mahu bercerai, Richard juga dikatakan menyesal mendermakan organ buah pinggangnya kepada Danwell menerusi satu pembedahan yang dilakukan pada tahun 2001 yang lalu.

Susulan itu, Richard meminta Danwell itu untuk mengembalikan semula buah pinggang tersebut dan sekiranya gagal berbuat demikian, dia meminta agar isterinya itu membayar pampasan sebanyak £1.2 juta (RM7,25 juta).

Walau bagaimanapun, Mahkamah Agung Daerah Nassau, Bahamas menolak permintaan Richard kerana menganggap permintaan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Bukan itu sahaja, permintaan Richard itu juga dianggap sebagai satu tindakan yang melanggar etika kedoktoran meskipun
ianya tidak mustahil untuk dilakukan.

Sumber: The Daily Star

SKIP THIS AD ×