Foto: Detik News
Mayat seorang pemuda ditemui di dalam sungai didakwa telah dibunuh oleh rakannya.
Artikel Berkaitan: Mayat Gadis Dengan Pakaian Seragam Pengakap Ditemui Terapung, Badan Diikat Dengan Batu
Mayat dipukul sehingga mati
Memetik laporan Detik News, mayat lelaki yang berusia 25 tahun ditemui dalam keadaan terapung di dalam sungai di Kawang, Jawa Barat, Indonesia, pada 23 Ogos lalu.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Imam Masykur telah diculik dan dipukul oleh Pasukan Pengamanan Presiden (Paspampres), Tentara Nasional Indonesia (TNI) dan rakannya selepas lima hari dirawat di hospital.
Dikatakan, pelaku mengancam untuk membunuh dan membuang mayat mangsa di sungai sekiranya mereka tidak menerima wang tebusan sebanyak Rp 50 juta (RM15,000).
Susulan itu, pihak berkuasa telah menahan ketiga-tiga suspek yang terlibat dalam pembunuhan Imam Masykur di Pomdam Jaya atas tuduhan pembunuhan dan penganiayaan ke atas seorang penduduk Aceh.
Sumber: Detik News