Demi mendapatkan wang pampasan insurans nyawa, seorang pemburu haiwan liar di Amerika Syarikat (AS) didakwa membunuh isterinya, lapor The Sun.
Dakwa isteri tertembak diri sendiri
Demi wang berjumlah £4.2 juta (RM22.18 juta), Lawrence Rudolph, 67 tahun dituduh membunuh isterinya, Bianca di sebuah kabin terpencil di Zambia ketika sedang memburu harimau bintang.
Menurut pendakwa raya, Lawrence membunuh Bianca sebelum melaporkan bahawa mangsa menembak dirinya sendiri, pada 2016.
Dalam perbicaraan di mahkamah negeri Colorado, Lawrence mengaku melakukan pembunuhan tersebut di hadapan teman wanitanya, Lori Milliron.
Defendan membunuh isterinya demi Milliron.
Bagaimanapun, peguam Lawrence berhujah bahawa saksi telah tersalah dengar dan defendan telah berkata sebaliknya.
Mereka mengatakan saya membunuh isteri saya untuk kamu.
Menurut peguam, mangsa secara tidak sengaja telah menjatuhkan senjata dan menyebabkan tembakan dilepaskan ke arahnya.
Melalui siasatan yang dijalankan selama dua hari di Zambia, pihak berkuasa menyimpul bahawa kematian itu berlaku akibat kemalangan, dan penyiasat insuran juga mempunyai pendapat yang sama.
Lawrence didakwa atas kesalahan membunuh dan menipu. Jika didapati bersalah bakal berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup atau dihukum mati.
Sumber: The Sun