berita

Lelaki Didakwa Tolak Kekasih Dari Tingkat 23 Rupanya Positif Dadah

February 29th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah apartmen di Setia Alam telah ditahan polis.

Artikel Berkaitan: Tular Video Wanita Didakwa Ditolak Kekasih Dari Bangunan Sampai Mati?

Positif dadah

Menerusi laporan Mohd Redzuan Manap, sebelum kejadian dipercayai berlakunya pergaduhan antara suspek, 37, bersama teman wanitanya yang merupakan warga Thailand.

Susulan daripada pergaduhan itu, suspek dipercayai menolak mangsa, 32, dari bangunan kediaman tersebut sehingga mengakibatkan kematian.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah selain memiliki 7 rekod jenayah dan satu rekod berkaitan dadah.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan seorang wanita terjatuh dari sebuah bangunan sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×