Gangguan mistik daripada makhluk halus sering kali berlaku di kawasan sunyi, rumah usang dan hutan tebal. Makhluk halus dipercayai ‘tinggal dan hidup’ di tempat-tempat sebegini tanpa dilihat oleh pandangan mata kasar manusia.

Perkongsian pengguna Twitter, Raja Haikal mengenai gangguan yang diterimanya selepas mencantas pokok mangga berdekatan rumah mendapat lebih 12k retweet dan 18k likes. Menurut individu ini, pokok mangga yang ditebas merupakan tempat tinggal makhluk berkenaan.

Kena ‘kacau’ selepas cantas pokok mangga

Beberapa hari selepas itu, tingkap rumah diketuk beberapa kali pada jam 4 pagi. Malah, dia juga pernah ‘disergah’ makhluk mengerikan ketika berada di dapur rumah.

Duduk mencangkung, tangan berbulu lebat

Memohon bantuan daripada orang yang pakar, lelaki ini dipercayai diganggu kerana ‘kacau’ tempat tinggal yang selama ini didiami makhluk ini. Selepas ‘tuan’ yang membelanya meninggal dunia, makhluk ini merayau dan tinggal di pokok mangga tersebut.

Marah kacau tempat dia

Sumber : Raja Haikal