berita

Lelaki Dilarikan Rakan Ditemui Mati Dalam Kereta

September 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

anak mati dera

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong, Subang Jaya pada pagi Rabu selepas dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Lelaki mati dalam kereta

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, sekumpulan lelaki tersebut dipercayai merupakan rakan mangsa dan motif kejadian dipercayai dendam akibat mangsa melarikan barang milik suspek utama.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, mangsa yang berusia 26 tahun ditemui terbaring di tempat duduk belakang sebuah kereta dan bertutup dengan sehelai jaket.

Polis menerima maklumat berhubung penemuan sebuah kereta dalam keadaan berkunci di tepi jalan dan ada bau seperti mayat pada 12.55 tengah malam, Rabu.

Susulan itu, empat lelaki yang berusia dalam lingkungan 27 hingga 33 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Hasil semakan mendapati mereka mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah narkotik selain turut positif dadah semasa ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya) atau pegawai penyiasat iaitu Asisten Superintendan Che Rosli Che Embong di talian 016-8437878.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

SKIP THIS AD ×