berita

Lelaki Dipenjara 3 Tahun Guna Duit Pinjaman Covid-19 Untuk Beli Kad Pokémon

March 9th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dikenakan hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah mendapatkan pinjaman bantuan Covid-19 secara haram, kemudian menggunakan sejumlah besar daripada pinjaman tersebut bagi membeli koleksi kad Pokémon.

Menipu demi kad Charizard

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan The Guardian, Vinath Oudomsine, 31 tahun menggunakan sebanyak AS$57,000 (RM238,277) daripada bantuan pinjaman itu untuk membeli koleksi kad Pokémon.

Vinath Oudomsine dari Dublin, Georgia, bersetuju untuk melucutkan kad dagangan yang mahal, yang memaparkan watak Pokémon Charizard, sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan, kata David Estes, Pemangku Peguam AS di daerah selatan Georgia, dalam satu kenyataan.

Oudomsine, mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan penipuan kewangan melibatkan penggunaan telekomunikasi pada Oktober tahun lalu. Menurut pendakwa raya, Oudomsine menyerahkan maklumat palsu kepada Pentadbiran Perniagaan Kecil AS tahun lalu ketika memohon pinjaman bantuan Covid-19 untuk perniagaan ‘perkhidmatan hiburan’.

Jelasnya, lelaki itu berbohong mengenai jumlah pekerjanya serta pendapatan tahunan perniagaannya kemudian menerima pinjaman sebanyak AS$85,000 (RM355,326) dan menggunakan AS$57,789 (RM241,575) daripada wang pinjaman tersebut untuk membeli kad dagangan Pokémon.

Sumber: The Guardian

SKIP THIS AD ×