berita

Lelaki Dipenjara 8 Bulan, Bersalah Gigit Anjing Polis

August 23rd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki Britain dikenakan hukuman penjara selama lapan bulan selepas mengaku bersalah menggigit seekor anjing polis dan menyerang pegawai bertugas, lapor The Telegraph.

Gigit kepala anjing

Menurut laporan, anggota polis diarahkan untuk menahan tertuduh, Matthew Boulter pada Ahad kerana didakwa terlibat dalam beberapa siri serangan sebelum itu.

Ketika seorang anggota polis cuba menahannya, Boulter bertindak menumbuk dan menendang beberapa pagar ke arah polis tersebut, menyebabkan beberapa kecederaan ringan.

Kemudian, seekor anjing polis bernama PD Xander dikerah untuk membantu dalam tangkapan tersebut, namun digigit Boulter pada bahagian kepala sebelum kolar lehernya dipegang dan dipulas.

Menyerang kakitangan perkhidmatan kecemasan adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima, manakala anjing polis pula memberikan bantuan penting kepada kami. Ia adalah sebahagian daripada keluarga polis.

Tambah Crosfill lagi, insiden tersebut berlaku di kawasan awam dan mampu menjejaskan orang ramai yang lalu-lalang.

Kami ingin memastikan bandar ini selamat kepada orang ramai untuk hidup, bekerja dan melancong.

Dalam pada itu, PD Xander dilaporkan telah sembuh dan kembali bertugas, keesokan harinya.

Sumber: The Telegraph

SKIP THIS AD ×