Seorang warga Indonesia berang selepas dituduh mengamalkan ilmu hitam telah menetak rakan senegaranya dengan menggunakan parang sehingga mangsa meninggal dunia.
Dituduh mengamalkan ilmu hitam
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau, Kejadian berlaku pada lingkungan jam 7 pagi di rumah pekerja di Ladang Solar Green. Mereka merupakan rakan sebilik yang ingin keluar bekerja lalu bertengkar dan menuduh suspek mengamalkan ilmu hitam.
Berlaku pertengkaran antara mereka dan semasa mangsa masuk ke dalam bilik, suspek mengekori ke arah belakang dengan memegang parang dan terus menetak di bahagian belakang tengkuk mangsa.
Mangsa kemudiannya telah jatuh ke lantai ruang tamu sebelum disahkan meninggal dunia akibat ditetak.
Menggunakan parang 80 sentimeter untuk menetak mangsa
Sekadar gambar hiasan
Ketika kejadian berlaku, hanya suspek serta mangsa yang berada di tempat kejadian terbabit dan mereka bekerja meracun rumput di ladang berkenaan.
Mayat mangsa yang berusia 32 tahun itu telah dihantar ke bilik mayat Hospital Mukah untuk dibedah siasat manakala suspek yang berusia 31 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis. Parang sepanjang 80 sentimeter yang digunakan bagi menetak mangsa itu telah dirampas dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber : Harian Metro