berita

Lelaki Fobia Nak Guna Aplikasi Cari Jodoh Lepas Bapa Dedah Pernah Jual Sperma 500 Kali!

February 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Portland, Amerika Syarikat, seorang lelaki fobia untuk menggunakan sebuah aplikasi temu janji berikutan bimbang dipadankan dengan adik-beradiknya. Ini kerana, lelaki yang dikenali sebagai Zave Fors itu baru mendapat tahu bahawa bapanya telah menjual sperma sebanyak 500 kali.

Jual sperma sejak 10 tahun lalu

Foto: Bapa Zave Fors

Menurut laporan The US Sun, Zave Fors sudah berjaya mengesan lapan adik-beradiknya setakat ini dan masih tidak mengetahui berapa ramai darah dagingnya yang lain. Keadaan itu menimbulkan ketakutan kepadanya sekiranya melakukan hubungan intim dengan wanita dalam aplikasi Tinder yang digunakan olehnya itu.

Tambah Zave, dia terkejut sebaik sahaja mengetahui abangnya berada di sekolah yang sama selepas mereka menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Sejak itu, dia berjaya mengesan bapanya melalui Ancestry.com, di mana dia mendapati ayah kandungnya menjual sperma beratus-ratus kali dalam tempoh 10 tahun. Hasil daripa penjualan sperma tersebut, bapanya kini memiliki 50 orang anak.

Kehidupan saling berkaitan

Bercerita lebih lanjut, Zave memberitahu abangnya Daron McClennan-Colon, baru sahaja mengetahui perkara tersebut dan terkejut kerana mereka datang dari sperma bapa yang sama. Ujar Zave, rumah mereka pun tidak jauh sangat dan hanya beberapa kilometer sahaja.

Adik-beradik yang lain pun mempunyai pengalaman serupa. Dua daripada mereka tinggal di kawasan kejiranan sama. Tidak diketahui berapa ramai adik-beradik saya dan keadaan ini merosakkan kehidupan temu janji saya. Ketika melayari aplikasi Tinder, saya tidak tahu siapa yang berkaitan dengan saya atau tidak.

Sebagai individu yang mempunyai pertalian, Zave turut berkongsi yang dia mempunyai pelbagai kenangan bersama Daron di sekolah. Namun, mereka tidak menyedari bahawa mereka saling berkaitan antara satu sama lain.

Sumber: The US Sun

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×