berita

Lelaki Gatal Cabul Pelajar Perempuan Dalam Bas, Polis Giat Kesan Suspek

June 9th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang penumpang lelaki yang disyaki meraba pelajar perempuan sebuah universiti di dalam sebuah bas ekspres sedang dikesan oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Guna Kisah Nabi Luth Untuk Cabul & Liwat 17 Anak Murid

Artikel Berkaitan: Remaja Lelaki 15 Tahun Dicabul Dalam Tandas Pusat Beli-Belah

Polis kesan suspek

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubungan kejadian berkenaan setelah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Banggol Judah, Kelantan.

Menurut mangsa yang berusia 22 tahun itu, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur di dalam bas tersebut lalu dia diraba oleh seorang lelaki yang duduk di kerusi belakang.

Mangsa mendakwa telah diraba seorang lelaki berusia lingkungan 20an yang duduk di kerusi belakang semasa dalam perjalanan dari Seri Iskandar ke Tanah Merah, Kelantan.

Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang tidur dan bas ekspres berada berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa.

Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul.

Bagi membantu siasatan, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di talian 05-7912222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×