berita

Lelaki Hilang 4 Hari Ditemui Mati Dalam Perut Buaya Sepanjang 5 Meter

July 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Misteri kehilangan seorang lelaki selama empat hari akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemukan di dalam perut buaya di Kampung Tabur Lestari, Nunukan.

Jumpa mayat dalam perut buaya

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Kompas TV, mangsa yang dikenali sebagai Baharudin berusia 29 tahun itu dilaporkan hilang sejak Khamis lalu selepas keluar bersama bapanya untuk membeli barang keperluan dapur. Namun sekitar jam 7 petang, mangsa memberitahu bapanya bahawa dia ingin pulang ke rumah terlebih dahulu kerana mahu membuang air besar.

Selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi, keluarga mangsa mula bimbang dan membuat laporan polis serta memaklumkan kepada penduduk setempat. Menurut Ketua Bahagian Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Tarakan iaitu Dede Hariana, pihaknya mula melakukan pencarian pada Khamis lalu.

Penduduk setempat percaya mangsa mungkin dibaham buaya dan menerusi umpan yang dipasang.

Mangsa terjatuh dari jambatan

Foto: Kompas TV

Siasatan awal mendapati, mangsa kemungkinan terjatuh ketika melalui jambatan untuk menyeberangi sungai di Nunukan, Kalimantan Utara. Bukan itu sahaja, kesan jatuh yang ditemui di jambatan itu dan kasut mangsa yang terapung di sungai menguatkan lagi dakwaan penduduk kampung bahawa mangsa berkemungkinan dibaham buaya.

Pihak berkuasa kemudian menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam perut buaya sepanjang lima meter itu. Mangsa ditemui 500 meter dari lokasi dia terjatuh. Jenazah lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Sumber: Kompas TV, Regional Kompas, TVOne News

SKIP THIS AD ×