berita

Lelaki ‘Hilang’ Selepas COD Telefon Rupanya Lari Daripada Pemungut Hutang

October 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Seorang lelaki yang sebelum ini dipercayai ‘hilang’ sejak 3 Oktober lalu ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit ditemui selamat dan tiada sebarang kejadian jenayah berlaku terhadapnya.

Rupanya ‘hilang’ sebab lari dari pemungut hutang

Foto: Kosmo Digital

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, lelaki yang berusia 27 tahun itu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi memberikan keterangan dan rupa-rupanya dia bukanlah ‘hilang’ seperti yang didakwa sebaliknya melarikan diri daripada pemungut hutang.

Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya.

Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.

Terdahulu, lelaki itu dikatakan diselamatkan pemandu lori sebelum kembali kepada keluarganya, kelmarin.

Dia dikatakan kali terakhir dikesan berada di George Town, Pulau Pinang selepas dikatakan sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×