Jika nak diikutkan pelbagai versi cerita seram kita sudah dengar mengenai jalan menghala ke Genting Highland dan juga kisah misteri yang belum dirungkai di tingkat 13 di sebuah hotel popular di sana. Kali ini, seorang pengguna Twitter bernama Brian telah berkongsi pengalaman menakutkan ketika perjalanannya ke Genting Highland. Menurutnya, dia mempunyai kebolehan untuk melihat pekara-perkara ghaib.
Punyai kebolehan melihat perkara ghaib
Pertama, dia menceritakan bagaimana dia melihat ‘kelibat’ seorang perempuan tua bersama keluarganya. Menurut beberapa sumber, mereka maut akibat kereta jatuh ke gaung. ‘Keluarga’ perempuan itu akan selalu minta untuk membawa mereka hingga ke Genting Highland, paling tidak pun sampai ke rumah individu yang ‘mereka’ tumpang.
Bagaimana pula dengan rupa wanita tua itu? Menurut lelaki ini, dia memakai baju kurung bercorak floral warna biru, pada bahagian kepalanya pula terbuka, penuh dengan darah. Manakala anak-anaknya pula akan berlari di tengah jalan.
Tingkat 13 berhantu di sebuah hotel?
Lebih seram apabila lelaki ini tiba di salah satu hotel popular di Genting, hotel tersebut mempunyai 28 tingkat dan tingkat 13 dikatakan sangat ‘berhantu’. Katanya, lif di hotel tersebut akan terbuka dengan sendirinya apabila tiba sahaja di tingkat 13. Dia mencuba banyak kali untuk menutup pintu lif tersebut namun gagal.
Seterusnya, dia mengambil keputusan untuk keluar dan melihat sendiri persekitaran di tingkat ‘misteri’ itu. Apa yang lelaki ini nampak adalah dua lelaki dengan keadaan muka pucat berpakaian formal dan ada tali dililit di bahagian leher.
Nampak 6 hantu di belakang 3 pengunjung hotel
Dia juga terjumpa seorang wanita di bilik nombor 1313 dimana dia cuba untuk mencari lelaki yang merogol dan membunuhnya. Mulut wanita itu seperti tidak henti-henti bercakap. Turut kelihatan kelibat 3 orang budak berlari di ruang jalan tingkat 13 itu, namun ‘mereka’ tiba-tiba hilang selepas wanita di bilik 1313 menjerit dalam ketakutan.
Selepas 20 minit berada di tingkat 13, lelaki ini akhirnya jumpa lif dan akhirnya ia terbuka. Sebaik sahaja dia masuk, ada 3 orang pengunjung hotel berada dalam lif tersebut. Tapi apa yang menyeramkan, dia nampak kelibat 6 hantu berdiri di belakang mereka (pengunjung hotel) dengan keadaan tanpa kepala.
Apabila sampai sahaja di bilik hotel, lelaki ini ingin mandi dan dia perasan, ada bayang-bayang berjalan di luar biliknya.
Sumber: Twitter @twt_malaysia