berita

Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu Disapa Budak Kerja Angkat Kotak & Tin

October 18th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Jalan hidup seseorang itu telah diaturkan oleh Allah swt dan tidak semua manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini memiliki kemewahan seperti harta, pangkat, wang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, seseorang itu perlulah bersyukur dengan takdir yang telah dikurniakan buatnya.

Terbaru, satu perkongsian pengguna Facebook, Azri Walter amat menyentuh hati apabila dia terjumpa dengan seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan sewaktu ronda di Putrajaya menaiki motor berkuasa besar miliknya. Apa yang lebih menyedihkan apabila kanak-kanak itu datang kepadanya dan meluahkan rasa minatnya terhadap motor milik lelaki itu.

‘Bang, saya minat motor ni’

Tadi saya pusing Putrajaya naik motor. Dah puas pusing, saya singgah kedai sekejap nak beli air. Waktu nak turun tangga tu, nampak sorang adik ni. Seluar dia dah lusuh berjurai benang di bahagian bawah, dia pakai selipar Jepun. Saya perasan, dari tadi dia asyik perhati je.

Dia tegur saya sambil terlompat-lompat. ‘Bang saya minat motor ni, saya selalu tengok gambar orang. Hari ni dapat tengok depan-depan. Saya nak pegang boleh bang?’.

‘Eh boleh dik, pegang lah. Nak naik pun boleh dik’. Dia senyum dan terus meluru dekat motor. Atas bawah dia belek. Dia usap seluruh motor sampai ke tayar. Kejap dia roket kejap dia superman.

‘Adik buat apa dekat sini?’ saya tanya dia. ‘Saya kerja angkat kotak dengan tin bang’ sambil dia tunjuk plastik dia dekat tepi tu. Tangan dia pulas-pulas throttle.

‘Saya kena tolong mak cari duit’

sekadar gambar hiasan

Ya Allah, Allah, Allah. Tersentak jantung saya ‘Adik tak sekolah ke?’ dia belek lagi motor dan dia jawab ‘Tak bang. Saya berhenti dah. Adik adik saya je sekolah. Saya kena tolong mak cari duit bang, ayah dah meninggal dunia’.

Tak lama selepas itu ada lori sampai siap hon bertubi-tubi. Dia cakap ‘bang saya nak berjaya macam abang. Doakan saya ya’. Dia ucap terima kasih. Dia berlari ambil plastik dia, dia campak plastik itu ke atas lori, terus dia lompat berpaut pada belakang lori.

Dia pandang saya sambil berpaut pada lori. Saya pandang dia. Sampai dia hilang dari pandangan mata. Kaku saya berdiri. Tak sempat nak bagi apa apa dan tak sempat nak cakap apa apa.

Allah pinjamkan saya sedikit rezeki

Waktu balik tu, jenuh saya mikir. Perasaan saya bercampur-baur antara sayu dan bersyukur. Hari ni banyak saya dapat pelajaran antaranya ialah kita tak tahu, apa jadi di masa akan datang. Walau tak nampak cahaya, kita tetap kena terus berusaha dan sentiasa rajin.

25 tahun dulu saya macam adik tu. Saya tahu dan faham perasaan dia. Dulu saya selalu juga curi-curi pegang kereta dan motor orang. Hari ini Alhamdulillah saya dapat miliki apa yang saya impikan. Dalam rezeki kita akan ada rezeki orang lain. Allah pinjamkan saya sedikit rezeki, hari ini adik tu dapat rasa dan naik motor yang dia minat.

Kadang kala, permulaan hidup kita memang susah, namun kita tetap ada peluang 20 30 tahun akan rasa nikmat bahagia. Jika bukan di dunia, kita ada syurga. Kadang kita hanya nampak apa yang kita tiada. Rupanya apa yang kita ada patut disyukuri. Adik tu tak ada kesenangan dunia, namun dia ada peluang kumpul harta akhirat iaitu berkhidmat untuk ibu dan adik adiknya. Ada orang yang sudah tiada ayah dan ibu, tak dapat peluang lagi untuk berbakti.

Sumber: Azri Walter

SKIP THIS AD ×