berita

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jejak Kaki Ke Negara Timur Tengah Secara Solo

December 3rd, 2018 | by Shafika
Travelogue

Hujung tahun ini pasti ramai yang merancang percutian mereka bagi menghabiskan cuti tahunan. Apa salahnya sekali sekala bagi ganjaran untuk diri sendiri kan? Kali ini kami kongsikan percutian solo dari lelaki ini ke Morocco dan Egypt.

Negara timur tengah ini sememangnya antara yang menjanjikan keindahan semula jadi yang luar biasa. Lihat sahaja foto dikongsi lelaki ini, memang terbaik!

Solo travel ke Morocco dan Egypt

Bagaimana aku travel solo ke Morocco & Egypt tanpa sebarang itinerary.

Sebelum nak pergi mana-mana negara, ada basic thing yang perlu tau, jangan la redah bodo je, atleast afew thing kena tau.
1) Visa
Sebelum ke mana-mana negara make sure tau negara tu perlu Visa atau tak. Kang tak pasal-pasal tak lepas immigration.
So aku dah study Morocco & Egypt tak perlu Visa utk rakyat Malaysia.
Kebanyakkan country perlukan tiket return baru lepas check in.
Aku ingatkan tak perlu, dengan selambe beli tiket oneway sahaja.
Bila nak check in tak lepas, terpaksa beli tuket return on the spot.

Sahara Desert Camp

2) Location
Aku just perlu tau location dan jarak tempat-tempat yang aku nak pergi SAHAJA supaya tak perlu patah bailk pergi balik.
Macam mana nak pergi kena naik bas ke, train ke aku tak perlu tau dulu. Kat sana baru study
Dalam perjalanan ke lokasi tu baru aku study area mana nak jalan nanti, so boleh book accommodation area tu supaya jalan tak jauhKat Morocco location yang aku nak pergi Casablanca (airport) > Marrakesh > Sahara Desert > Fes > Chefchaouen > Asilah > Casablanca(airport)Kat Egypt location yang aku nak pergi Cairo > Luxor > Aswan > Cairo

3) Soalan-soalan immigration
Immigration akan tanya berapa lama, alamat & lokasi accommodation.
Kau hentam je print screen alamat hotel dalam booking.com even kau tak booking pun sebenarnya.

Cuma google sahaja


4) Sim Internet
Ini SANGAT-SANGAT PENTING untuk yang takde itinerary
Everything just google

5) Apps dalam phone
i – Google Map
Google map sangat penting untuk tau jarak & lokasi, boleh estimate nak jalan kaki ke, teksi ke.
Boleh download siap-siap map lokasi tertentu incase lokasi tu internet tak kuat, kita tetap ada maps
ii – uber dan seangkatan
Kat Morocco xde tapi kat Egypt ada uber.
iii – Islamic Apps
Untuk cari qiblat & waktu solat
iv – Currency converter
Pening-pening mahal ke murah, guna je apps ni
v – Accoumudation apps
Macam-macm ada Booking.com, Airbnb, Hotel.com dan lain-lain.
vi – Debit Card (ATM) & Credit Card
Make sure activekan penggeluaran ATM oversea. Ini untuk backup incase duit habis.
vii – Tools untuk picture & video
Semua gambar aku tangkap guna phone je.
Aku bawak tripod yang panjang utk tangkap gambar, Gimbal untuk video.
Tapi malangnya gimbal rosak ?
utk tangkap gambar paling penting angle. Cari angle,
lighting no 2. Cari lighting yg bercampur terik campur bayang2.
viii – Apps edit gambar
Guna Snapseed utk edit gambar
ix – Google translate
Morocco arabic & french. Tapi dorg boleh cakap english sikit-sikit.
Tapi kat Eygpt mmg susah nak comunicate. So guna google translate.

Guna pakej ejen


Bermula lah penggembaraan ke Casablanca(airport).
Aku tak jalan pun area casablanca sbb it just a city. So boring skip.
Casablanca > Marakech : Naik train
Kat marakech cari accommodation “riad”
Riad tu rumah lama dorg convert jadi hotel.
Area old medina confirm akan sesat punyer. So pandai-pandai la korang cari jalan balik.
Kalau dah lost biasanya akan ada org approach utk tunjuk jalan. Tapi kena bagi tips kat dorg.
Penting! deal awal-awal nak bagi berapa. kalau tak nanti kena ketuk. Deal 20 -40 dirham is enough.

Sahara desert
Nak pergi sahara desert hampir impossible boleh pergi sendiri. Sangat jauh.
Cari je tour agency area situ.
Ada banyak pakaj, paling murah 750 dirham (Rm250) utk 3 hari 2 mlm.
Yang mahal(tak tau harga) deser camp be like prince of persia.

Perjalanan 7 jam


Sahara Deser to fes : Perjalanan 7 jam by Van
Aku punyer tour agency akan berpatah balik ke marakech. Tapi aku taknak so aku request drop aku kat mana-mana yang boleh cari public transport ke fes.
Kebetulan, ada tour agency yg lain yg akan pergi ke fes lepas sahara desert.
Aki just bayar je 300 dirham kat driver tu. so x perlu nak cari public transport dah.

Fes
Old medina is VERY HUGE AND CROWDED. But nice experience.
Area situ org ramah nak berkawan.
Ada local tegur aku, “Do you know what is this area?”
“No I dont”
“This is Jewish area”
Dalam hati aku ahh sudah.

Tapi dorg baik je sebenarnya. Siap lepak kat rumah dorg lagi. (Ini bukan agenda promot yahudi ye)

Eygpt kotor sikit

Chechaouen
City of blue.
Sini banyak Cartel jual marijuana. Kalau taknak just cakap je taknak.

Eygpt Cairo
Transport sana nak senang guna uber je. Murah. Untuk area attraction lebih baik amik tour guide. Kalau tak haram tak tau apa cerita. Jangan terkejut, egypt dia punyer kotor sikit lagi nak saing negara India.

Luxor
Uber takde sini. So kena naik teksi. Untuk pergi ke attraction places better amik hotel punyer pakaj. Lagi murah berbanding amik pergi sendiri. Hot ballon kat luxor ni murah sangat around RM200 so jangan lepaskan peluang.

Sumber : Omar Za

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×