berita

Lelaki Kacukan Jadi Pilihan Hati Siti Saleha – ‘Nanti Saya Kongsi Dalam Instagram’

November 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas hampir setahun hidup solo, akhirnya pelakon Siti Saleha mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki berdarah kacukan.

Artikel Berkaitan: ‘Sudah Tentu Nak Kahwin Lagi, Tapi Saya Tak Nak Ulangi Kesilapan Sama’ – Siti Saleha

Tak sedia nak perkenalkan

Memetik laporan Kosmo, Saleha berkata dia belum bersedia untuk memperkenalkan teman lelakinya itu kepada umum. Kata aktres berumur 32 tahun itu, hubungan mereka masih berada dalam fasa awal dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

Nanti saya kongsi dalam Instagram hanya apabila saya benar benar sudah bersedia.

Sungguhpun begitu, kawan-kawan yang rapat dengan saya tahu tentang hal ini walaupun saya tak kongsi gambar apa.

Bila-bila masa sahaja nanti, saya akan tunjuk muka dia (teman lelaki).

Sedia berkawan

Tambah pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum, lelaki itu berdarah kacukan sama seperti dirinya.

Ya Tuhan, saya macam dah cakap habis semua dah (ketawa). Dia mix blood (berdarah kacukan). Sama macam saya. Orang putih. Kacukan juga.

Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaimu memberitahu lelaki itu seorang yang sangat baik.

Tiada apa yang serius sangat pun. Maksud saya, saya sedia berkawan. He’s a nice guy (dia seorang lelaki yang baik).

Sekadar info, Saleha mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun, mahligai yang dibina tidak berkekalan apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 17 Januari lalu.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×