Foto: India.com
Bagaikan bulan jatuh ke riba buat seorang lelaki dari Republik Demokratik Kongo selepas dilamar oleh kembar tiga secara serentak.
Ujar salah seorang daripada pengantin wanita, mereka adik-beradik telah berkongsi segala-galanya sejak kecil dan berkongsi suami bukanlah satu perkara yang ‘sukar’ buat mereka.
Kahwin 3 sekali gus
Foto: India.com
Memetik laporan India.com, pengantin lelaki dikenali Luwizo, 32, selamat disatukan dengan kembar tiga iaitu Nadege, Natasha, dan Natalie dalam sebuah majlis perkahwinan istimewa. Ujar lelaki bertuah ini, dia tidak menolak lamaran tersebut dan akui tidak mudah baginya untuk membuat keputusan.
Saya diwajibkan mengahwini mereka semua kerana mereka adalah kembar tiga. Ia bukan keputusan yang mudah kerana sehingga kini, ibu bapa saya tidak faham apa yang saya lakukan.
Dakwa lelaki ini lagi, ahli keluarganya sama sekali tidak menghadiri majlis perkahwinannya dan menghina keputusan yang diambilnya.
Anda perlu kehilangan sesuatu untuk mendapatkan yang lain. Jadi saya gembira untuk berkahwin dengan kembar tiga tidak kira apa yang orang lain fikirkan.
Ibu bapa saya menghina keputusan saya sebab itu mereka tidak menghadiri majlis perkahwinan saya. Tetapi apa yang boleh saya katakan cinta tiada had.
Cerita detik pertemuan
Sekadar gambar hiasan
Lelaki ini pada masa yang sama menjelaskan dia mula jatuh cinta dengan Natalie sebelum bertemu dua lagi adik perempuannya.
Bagaimanapun ketika Natalie memperkenalkannya kepada adik kembarnya, mereka dikatakan turut jatuh cinta kepada Luwizo.
Sumber: India.com