berita

Lelaki Kena Tetak Sebab Minta Baki Duit Daripada Anak Saudara

November 21st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kejam! Itulah ungkapan yang boleh digambarkan apabila seorang anak lelaki berusia 19 tahun tergamak menetak bapa saudara berusia 26 tahun dengan sebilah parang. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di rumah mereka di Kampung Panchor, Rompin, Negeri Sembilan, semalam.

Tragedi malang ini dipercayai berlaku selepas suspek enggan memberi semula baki wang mangsa, sebaik sahaja pulang daripada membeli minuman keras.

Membeli minuman keras

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, mangsa dan anak saudaranya itu dipercayai pergi memancing di Bahau, pada hari kejadian. Semasa pulang daripada memancing, kedua-dua mereka berada dalam keadaan mabuk.

Sebelum kejadian, mangsa dan anak saudaranya itu dikatakan memancing di Bahau, jam 5.30 petang dan pulang semula ke rumah pada 10 malam dalam keadaan mabuk. Mangsa meminta suspek membeli arak dan memberinya RM50. Sebaik suspek pulang ke rumah, mangsa meminta baki wang menyebabkan suspek berasa tidak puas hati dan berlaku pertengkaran.

Parah di dahi, dada dan tangan

Semasa pergaduhan itu, suspek dipercayai masuk ke dapur dan mengambil parang lalu menetak mangsa. Mangsa mengalami kecederaan yang parah di dahi, dada dan tangan kiri akibat daripada tetakan tersebut. Pergaduhan itu dileraikan oleh ahli keluarga yang berada di lokasi tersebut, sebelum mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

Setakat ini, pihak polis masih mengesan suspek yang melarikan diri menggunakan motosikal. Manakala, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×