berita

Lelaki Kongsi Itinerari Lengkap 5 Hari 4 Malam Ke Hua Hin Bersama Keluarga, Seronoknya!

February 12th, 2019 | by Shafika
Travelogue

Di Facebook, seorang lelaki kongsi itinerari lengkap mereka sekeluarga ke Bangkok Thailand. Apa yang menariknya perjalanan kali ini mereka berpeluang menjejakkan kaki ke Hua Hin yang dikatakan mirip bandar ala-ala Greece. Paling penting sesuai untuk percutian keluarga, confirm anak suka!

Ringkasan & Kos Itinerari

*kos yang dinyatakan per pax & per 3 pax
*kadar tukaran semasa THB 100 = RM 12.80

16/01/2019 (Rabu)

1600 KLIA2
1800 Don Mueang International Airport
*Ambil simkad dekat kaunter DTAC
*Simkad beli siap dekat website KLOOK. Jimat!!
1830 Naik grab pergi hotel (THB 350)
1930 Sampai hotel
*Check in Bangkok City Hotel (1night)
2000 Jalan kaki dalam 200m ke Farida Fatornee untuk dinner
2030 Naik grab pergi Terminal 21 (THB 30)*
2100 Sampai Terminal 21. Jalan cuci mata je dalam ni
2200 Naik grab pergi Talad Neon Night Market (THB 20)*
2230 Sampai Talad Neon. Cantik night market ni. Tak sesak mcm Chatuchak Market
2330 Naik grab balik hotel (THB 20)*
0000 Sampai hotel. Rest for the tomorrow

Kos Hari 1

Grab : THB 420/3pax (THB 140/pax)

17/01/2019 (Khamis)

0630 Breakfast. Prepare utk check out
0700 Check Out. Naik grab pergi Highway Car Rent (THB 60)*
0730 Sewa kereta dekat Highway Car Rent
*Vios (THB 1200/day), Deposit (THB 2000)
0800 Drive ke Khao Yai (3jam)
*masa otw tu singgah dekat PTT isi minyak (THB 760)
*Lalu jalan bertol untuk elak jem masa nak keluar dari Bangkok (THB 150)
1100 Singgah makan dkt Ayah Restaurant
*Restaurant ni tepi hiway je. Ada signboard besar senang nak jumpa
1230 Palio Khao Yai (Free)
*buka 9am – 7pm
1330 Primo Piazza (THB 200/pax)
*buka 9am – 6pm


1500 Thames Valley (Free)
*tangkap gambar dekat luar je
1600 Rai Maneesorn Sunflower Field (Free)
*Part ni paling sedih. Sampai2 je tengok bunga semua dah mati. Orang pon takde kat ladang bunga ni. Hahaha. Last2 kitorang pusing jugak dekat kawasan situ & jumpa 1 kebun bunga matahari kecil je kat tepi jalan. Minta permission owner kebun nak tangkap gambar & dia okay je. Kat sini pon bunga dah nak layu dah. Nasib owner cakap free je hahaha
1700 Drive ke hotel
*Check in Pak Chong Hotel (1night)
1900 Drive ke Halal Friendly Mart
*Kat mart ni ada jual makanan halal mcm roti keropok air. Boleh buat kudap2 kat hotel
*Sebelah mart ni ada stall nasi briyani. Boleh try makan. Halalan Toyyiban
2000 Balik hotel park kereta. Then keluar balik jalan kaki pergi Pak Chong Night Market. Jalan cuci mata je. Takde apa yang menarik kat night market ni
2100 Balik hotel

Kos Hari 2

Grab : THB 60/3pax (THB 20/pax)
Kereta Sewa : THB 1200/3pax (THB 400/pax)
Petrol : THB 750/3pax (THB 250/pax)
Tol : THB 150/3pax (THB 50/pax)
Entrance Fee : THB 200/pax

18/01/2019 (Jumaat)

0630 Breakfast
0730 Check Out. Drive balik Bangkok
*Balik ada lalu jalan tol (THB 50)
– 1100 Return kereta sewa. Naik grab pergi Mochit New Van Terminal (THB 100)*
*Masa return kereta tu lewat 1jam. So kena bayar extra hour (THB 150)
– 1130 Sampai Mochit New Van Terminal
*Beli tix van (kaunter 2) ke Hua Hin (THB 180/pax). Van ada setiap 30 minit
*Plan asal nak try naik tren dari Hua Lamphong ke Hua Hin tapi sebab malas nak tunggu tren pkl 1.30pm + mahal, terpaksa la tukar plan naik van je. Maybe next time datang boleh try naik tren pulak ?
1200 Van gerak dari Hua Hin. Bye Bangkok


– 1530 Sampai Hua Hin Clock Tower. Naik grab pergi hotel (THB 20)*
*Van mmg akan stop dekat clock tower ni. Tapi boleh je request dekat driver van nak turun dekat terminal van Hua Hin. Terminal ni berdepan je dengan restoran halal Roti Teh Tarik Muslim Food. Macam kami nak checkin hotel dulu sbb byk beg
*Check in My Way Hua Hin Music Hotel (2night)
– 1900 Naik grab pergi Roti Teh Tarik Muslim Food (THB 30)*
*Port halal popular kat Hua Hin selain Mooz Cafe. Staf boleh cakap melayu. Makanan pon sedap ?
– 2030 Naik grab pergi Cicada Night Market (THB 30)*
*Market ni cantik sebab byk jual hasil kraftangan. Harga souvenir pon agak mahal. Makanan halal pon takde kat sini
– 2200 Naik songtheaw balik hotel (THB 120)
– 2230 Sampai hotel. Rest

Kos Hari 3

Tol : THB 60/3pax (THB 20/pax)
Extra Hour : THB 150/3pax (THB 50/pax)
Grab : THB 180/3pax (THB 60/pax)
Van to Hua Hin : THB 180/pax
Songtheaw : THB 120/3pax (THB 40/pax)

19/01/2019 (Sabtu)

0700 Breakfast
0830 Sewa kereta dekat hotel
*Camry (THB 1500/day), Deposit (THB 4000), Petrol (THB 300)
0900 Drive ke Roti Teh Tarik Railway utk breakfast. Kedai betul2 dekat depan railway.
1000 Hua Hin Railway Station (Free)
*Seeloknya datang waktu pagi. Cuaca redup sikit. Boleh tangkap gambar puas2
1100 The Venezia (Beli tix dekat Klook)
*buka 10.00am  8.00pm
1230 Santorini Park  (THB 150/pax)
*buka 9.30am – 6.30pm
*tempat ni lebih kurang mcm JPO tapi sini depa buat ala2

Santorini kat Greece tu. Nak acah2 mcm pi Santorini boleh la datang sini
– 1400 Camel Republic (THB150/pax)
*buka 9.00am – 6.30pm
*tempat ni mmg sesuai dengan budak2. Sebab ada haiwan2 mcm unta, zirafah, arnab, bangau. Bagi diorang kenal sikit rupa haiwan2 tu
– 1500 Swiss Sheep Farm (Beli tix dekat Klook)
*buka 9.00am – 7.00pm
*tempat ni cantik sebab ada view bukit je. Tempat lebih kurang je dengan Camel Republic tadi ada haiwan2.
– 1600 Singgah makan dekat Kedai Makan Muslim Abang Mana
*Kedai ni dekat je dengan Swiss Sheep Farm. Staf kedai boleh cakap melayu. Makanan berlauk. Sedap & murah


– 1730 Rajabhakti Park (Free)
*buka 8.00am – 6.00pm
*Tempat ni sebenarnya macam historical park yang menempatkan 7 patung setinggi 15meter bagi menghormati 7 raja besar dalam sejarah Thai ?? View bukit yang superb + lapang. Best nak melompat
– 1830 Balik hotel. Rest
– 2000 Drive ke Bluport Mall
*Jalan cuci mata dalam mall ni. Try cari makanan halal tapi takde dalam mall ni. Byk sale time pergi haritu
– 2130 Drive ke Roti Teh Tarik Muslim Food untuk dinner
– 2300 Balik hotel

Kos Hari 4

Kereta Sewa : THB 1500/3pax (THB 500/pax)
Petrol : THB 300/3pax (THB 100/pax)
Entrance Fee : THB 300/pax

20/01/2019 (Ahad)

– 0730 Breakfast
*Lepak dekat hotel je mandi kolam. Tengahari dah check out nak tukar hotel. Return kereta sewa sekali. Owner kereta datang kt hotel
– 1130 Check Out. Naik grab pergi Mooz Cafe (THB 20)*
*Beg semua tinggal dekat reception hotel. Sementara tunggu check in dekat hotel lain, pi makan & jalan2 dulu
– 1200 Makan dekat Mooz Cafe
*Cafe hipster halal dekat Hua Hin. Makanan agak mahal
– 1330 Naik grab pergi hotel untuk ambil beg (THB 20)*
– 1400 Naik grab pergi hotel baru (THB 50)


*Check in Riche Hua Hin Hotel (1night)
*Tukar hotel sebab nak dekat dengan airport. Hotel baru ni jauh sikit dari town Hua Hin tapi ada sediakan free shuttle ke town & pantai
– 1700 Naik free shuttle ke Hua Hin Beach ?
*Best layan sunset kat sini. Dekat sini pon ada ponny ride kalau ada yang nak try
– 1830 Naik grab pergi Hua Hin Night Market (THB 0)*
*Night market ni besar & meriah. Baju, keychain, fridge magnet boleh dapat murah2 kat sini. Dalam ni ada jual makanan halal
– 2100 Naik grab pergi Roti Teh Tarik Muslim Food untuk last dinner (THB 0)*
– 2200 Balik hotel
*masa nak balik hotel ni kitorang call je hotel minta free shuttle yang pickup orang dekat town tu pickup kitorang sekali dekat kedai makan. Tapi diorang tak paham. Nasib baik la staf kedai makan ni ada. Minta diorang je cakap kt staf hotel tu. Jimat duit transport

Kos Hari 5

Grab : THB 90/3pax (THB 30/pax)

21/01/2019 (Isnin)

– 0730 Breakfast
– 0930 Check Out. Naik grab pergi Hua Hin Airport (THB 0)*
– 1140 Flight dari Hua Hin Airport
– 1435 Sampai KLIA2

Kos Hari 6 :

Grab : THB 0

Tips

1. Beli simkad & entrance ticket siap2 dari Malaysia dekat website Klook. Nanti print siap2 baucer yg kita beli tu utk redeem. 1st user akan dapat free kredit RM 15 kalau signup dari link bawah ni

https://www.klook.com/en-US/invite/CYMHS?c=MYR

2. Lepas aktifkan simkad kat sana, akan dapat free code THB 100 untuk grab. Boleh guna 5 KALI. Dah jimat THB 500 dah kat situ. Tu baru 1 nombor. Macam kitorang ada 3 nombor dapat jimat THB 1500. Yang penting kena signup acc baru grab guna nombor yg kita dapat tu, baru boleh redeem free code. Tu pasal grab fare kitorang murah je hahaha. Promo ni hanya untuk Telko DTAC sahaja. Telko lain tak sure ada ke tak.

Boleh naik grab

3. Makanan halal takde masalah dekat sana. Even dekat Khao Yai pon ada je kedai makanan halal dalam 3-4 kedai. So takyah kalut sgt nak singgah 7e beli burger CP tu. Cuma kalau nak berjimat tang makan, boleh la pi jenguk 7e selalu.

4. Kalau nak pi mana2 naik je grab. Bangkok & Hua Hin senang nak dapat grab. Takyah naik songtheaw ke tuktuk sebab mahal. Kalau saje nak rasa naik boleh la cuba sekali. Khao Yai takyah cakap. Mmg susah bab transport. Sebab tu kitorang sewa kereta. Kalau takde budak2 boleh try naik tren ke Pakchong. Murah tapi makan masa la.

5. Drive dekat sana tak susah pon. Asalkan ada maps, ada tujuan, ada minyak kereta, semua On Yang penting jaga had laju masa drive tu. Biar maintain je bawah 90km/h. Hati-hati, jalan nak ke Khao Yai banyak speed trap. Kang tak pasal kena saman.

6. Sila alert dengan timing opening hours setiap attractions kita nak pergi tu. Ada tempat pukul 4 dah tutup macam Mrigadayavan Place kat Hua Hin. Dalam iti ni dah bagitau siap2 opening hours setiap attraction yang kami pergi. So senang nak rancang.

Jika ada pertanyaan boleh PM tepi.

Share jika rasa bermanfaat.

#jejakthailand #haidareizagotothailand #familytravel #explorethailand #travelingthailand #beautifulthailand #discoverthailand #wonderfulthailand #bangkok #khaoyai #primopiazza #paliokhaoyai #huahin #beach #santorinipark #thevenezia

Sumber : Muhammad Haidar