berita

Lelaki Kurang Siuman Tampar Imam Tengah Baca Doa Qunut

May 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Di Indonesia, tular satu video di mana seorang lelaki bertindak menampar imam yang ketika itu sedang membaca doa Qunut semasa solat Subuh. Menerusi rakaman litar kamera tertutup (CCTV), lelaki berkenaan dilihat datang dari belakang dan mencelah setiap jemaah yang ada sebelum bertindak di luar kawalan.

Tindakannya itu membawa padah, apabila jemaah yang ada bertindak memukulnya sebagai balasan atas tindakannya itu.

Ditampar ketika solat Subuh

 

Lapor Tribun News, pihak polis masih menyiasat motif di sebalik kejadian yang terjadi di Masjid Baitul ‘Arsy, Kota Pekan Baru semalam. Mangsa yang dikenali sebagai Juhri Ashari tampil menceritakan semula apa yang telah terjadi kepadanya.

Ketika rakaat kedua dan sedang membaca doa Qunut, tiba-tiba masuk seorang lelaki yang tidak dikenali. Pada mulanya, dia hanya memukul bahu saya sebelum bertindak menampar wajah saya selepas saya mengabaikan tindakannya yang memukul bahu.

Lelaki yang berusia 41 tahun itu, dipercayai mempunyai masalah mental dan sering membuat ‘hal’ kepada penduduk setempat.

Dia warga perumahan sebelah, jadi saya tak kenal. Pelaku diduga kurang waras. Dengar orang mengaji, bising dan kuat pula, jadi dia masuk masjid dan pukul saja.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×