berita

Lelaki Mati Ditikam Peniaga ‘Foodtruck’ Gara-Gara Minta Makanan

March 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mati selepas ditikam menggunakan objek tajam oleh seorang peniaga kenderaan saji atau foodtruck di Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson.

Lelaki mati ditikam

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden. Namun mangsa yang berusia 38 tahun itu disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Sementara menurut salah seorang saksi, mangsa yang kurang siuman dikatakan kerap merayau di sekitar pekan Lukut dan sering meminta makanan kepada para peniaga.

Dia memang selalu minta makanan kepada peniaga di kawasan ini tetapi kali ini dia bernasib malang kerana ditikam dengan menggunakan barang tajam oleh peniaga kenderaan saji atau foodtruck.

Saya dimaklumkan, peniaga itu datang daripada Segamat dan dia lari dengan Proton Wira berwarna putih sebaik menikam lelaki itu.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis giat mengesan suspek.

Polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-647222.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×