berita

Lelaki Maut Dijangkiti Bakteria Selepas Makan Tiram Mentah

September 19th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Maut makan tiram

Di Texas, seorang lelaki ditemui maut beberapa hari selepas makan tiram mentah di sebuah restoran.

Artikel Berkaitan: Wanita Maut Selepas Makan Ikan Sardin

Makan tiram mentah

Memetik laporan Independent, seorang lelaki Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia selepas makan tiram mentah yang mengandungi bakteria.

Pada mulanya, lelaki tersebut dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera namun, disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Menurut doktor Philip Keiser, Pihak Berkuasa Kesihatan Tempatan Galveston County menyatakan bahawa mangsa dipercayai mempunyai beberapa masalah kesihatan.

Dia mempunyai masalah hati selain beberapa masalah kesihatan yang lain. Lelaki itu juga bergantung kepada beberapa jenis ubat-ubatan yang mengekang sistem imunisasinya.

Secara kebetulan, masalah kesihatan yang dihadapinya menyebabkan dia benar-benar terdedah kepada jangkitan vibrio vulnificus.

Dikatakan, tiram tersebut memiliki bakteria vibrio vulnificus yang disebabkan oleh haba melampau ketika musim panas di sana.

Mereka yang mengalami beberapa simptom seperti mual, muntah-muntah dan kesan ruam yang cepat merebak ke seluruh badan berisiko dijangkiti bakteria tersebut.

Susulan itu, pihak berkuasa menyarankan kepada mereka yang mengalami simptom yang sama selepas memakan makanan laut segera mendapatkan rawatan daripada doktor.

Sumber: Independent

SKIP THIS AD ×