berita

Lelaki Maut Ditembak Anjing Dalam Perjalanan Keluar Berburu

January 25th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki terbunuh ketika dalam perjalanan pergi memburu selepas seekor anjing secara tidak sengaja terpijak senjata api yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah pikap.

Artikel Berkaitan: Lelaki Bunuh Tujuh Ahli Keluarga Sebelum Tembak Diri Sendiri

Artikel Berkaitan: Ibu Muda Maut Ditembak Anak Berusia 3 Tahun

Ditembak di belakang

Difahamkan, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, terkena peluru berkenaan di bahagian belakangnya. Menurut pejabat Syerif Sumner County, anjing yang merupakan kepunyaan pemilik pikap telah terpijak picu sehingga menyebabkan tembakan dilepaskan senjata api terbabit.

Dalam masa sama, pegawai memaklumkan, lelaki berusia 30 tahun itu ditembak mati kira-kira jam 9.47 waktu tempatan pada Sabtu, sebelum pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Malah, pasukan kecemasan tiba beberapa minit selepas itu segera melakukan tindakan menyelamat sebelum mendapati mangsa meninggal dunia akibat luka tembakan yang parah. Turut difahamkan, mangsa dikenali sebagai Joseph Austin Smith berasal dari Wichita, Kansas, Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, polis memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan masih tidak dapat dipastikan jika orang lain berada di dalam trak berkenaan pada masa itu.

Untuk rekod, kes tembakan tanpa sengaja adalah biasa di negara terbabit kerana jumlah senjata api adalah lebih banyak berbanding penduduk. Menurut data rasmi juga, lebih daripada 500 orang meninggal dunia dalam insiden membabitkan senjata api sejak 2021.

Sumber: CBS News

SKIP THIS AD ×