berita

Lelaki Maut Ditikam 3 Kali Ketika Jalin Hubungan S*ks

April 3rd, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kelantan, mayat seorang lelaki ditemukan dengan tiga kesan tikaman di perut dipercayai dilakukan teman wanitanya di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai, pada Isnin lalu.

Ditikam di perut

Mayat Doktor

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya menerima maklumat pada 6.30 petang mengenai penemuan seorang lelaki tidak sedarkan diri terbaring di hadapan tandas awam selain tiada sebarang kesan darah dijumpai di lokasi mayat mangsa ditemui.

Susulan daripada itu, pihaknya telah menahan seorang wanita berusia 28 tahun serta merampas pisau pemotong sayur yang digunakan dalam kes pembunuhan itu.

Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada 28 Mac lalu dimana mangsa membawa seorang wanita dari Sungai Tong Setiu Terengganu ke beberapa kawasan di dalam daerah Kuala Krai.

Mangsa kemudian ditikam sebanyak tiga tikaman di perut dengan menggunakan pisau oleh wanita berkenaan ketika melakukan hubungan seks.

Mangsa dipercayai melarikan diri setelah perempuan berkenaan berjaya melepaskan diri daripada pengawasannya.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa adalah lelaki yang berusia 45 tahun dan mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik.

Hasil semakan rekod keatas mangsa mendapati, mangsa adalah seorang suspek berkait kes kurungan salah terhadap seorang wanita di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan luka yang terdapat di bahagian perut kesan daripada tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis.

Pada masa sama, mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan sehingga menyebabkan luka dalam menjadi parah akibat jangkitan kuman.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×